Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .

 

 
Kempen Program Transformasi Kerajaan (GTP)
 

Apakah  Bidang Keberhasilan Utama Negara?

Mengurangkan kadar jenayah

  • Mengurangkan jenayah jalanan 20 peratus pada hujung 2010.
  • Pasukan Rela dikemaskini dan diberi latihan secukupnya.
  • CCTV ditambah untuk cegah jenayah.
  • Percepatkan perundangan kes-kes tertangguh.

Memerangi rasuah

  • Mengemaskini polisi, prosedur dan penguatkuasaan yang berkaitan.
  • Tender terbuka atau tender terhad dalam semua perolehan kerajaan kecuali kes-kes tertentu.

Meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan

  • Menjadikan pendidikan prasekloah sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.
  • Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012.
  • Menjanjikan ganjaran kepada semua pengetua dan guru besar sekolah berasaskan pencapaian sekolah masing-masing.
  • Mengenal pasti 100 buah sekolah terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, kluster, trust school atau sekolah berpiagam dan sekolah berasrama penuh untuk diangkat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2012.

Meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah

  • Membayar semua bantuan kebajikan untuk rakyat pada tiap 1 hari bulan bagi bulan yang berkenaan bermula Januari 2010.
  • Menambah jumlah usahawan di kalangan wanita kepada 4,000 orang menjelang tahun 2012 melalui program Amanah Ikhtiar Malaysia.

Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman

  • Membina jalan luar bandar berjumlah 1,500km sebelum penamat 2012.
  • Memastikan kesemua rakyat di semenanjung tinggal tidak melebihi 5km dari kemudahan jalan berturap.
  • Meningkatkan liputan bekalan air sehingga 90% di Sabah dan Sarawak pada penghujung tahun 2012.
  • Meningkatkan liputan bekalan elektrik di Sabah dan Sarawak kepada 95% pada akhir tahun 2012.
  • Memberi bekalan elektrik 24 jam kepada 7,000 rumah Orang Asli di Semenanjung pada akhir tahun 2012.

Menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana

  • Meningkatkan bilangan pengguna pengangkutan awam daripada 16% kepada 25% pada penghujung tahun 2012.
  • Menambah 35 set “4-car-train” yang beroperasi untuk laluan LRT Kelana Jaya menjelang penghujung 2012.

Sumber dari
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/28/nation/4404615&sec=nation

Untuk Keterangan Lanjut sila layari http://www.transformation.gov.my/index.php?lang=bm


 

Jabatan / Agensi
MOA DOF DVS MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN
Pautan Berkaitan
MYGovernment MSCMalaysia BLESS IIM SME SME
Pautan Antarabangsa
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES) Food and Agriculture Organization (FAO) World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)