| Saya berharap dengan laman web ini juga, ianya dapat membantu setiap lapisan masyarakat memperolehi maklumat berkaitan keperluan asas dalam membangunkan projek tanaman. Maklumat ini merangkumi teknologi dan inovasi, amalan pertanian baik, amalan pengilangan baik, perundingan dan pelaburan, laluan pasaran (market access), khidmat nasihat teknikal seperti pengurusan tanah, agronomi tanaman, perlindungan tanaman dan kuarantin tumbuhan, racun makhluk perosak serta pensijilan kualiti. Di harap dengan maklumat yang dibekalkan melalui laman web ini, ianya dapat membantu mereka yang ingin dan telah menceburi bidang ini untuk memajukan sektor pertanian ke arah yang lebih produktif dan progresif. Akhir kata, selamat melayari laman web ini, semoga anda semua dapat menjadikan maklumat ini sebagai panduan dalam merealisasikan “Pertanian Adalah Perniagaan” Terima Kasih
Ketua Pengarah, Jabatan Pertanian Malaysia. |