fb twitter youtube shutterfly
Bahasa Melayu | English | Lain-lain Peta Laman | Soalan Lazim | Bantuan

Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .

 

 

Permohonan Rawatan Bahan Pembungkus Diperbuat Dari Kayu (Wood Packaging Material)

Bahagian Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan Jabatan Pertanian adalah bertanggungjawab dalam menguatkuasakan Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 dan Peraturan-Peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981 yang bertujuan menghalang kemasukan perosak dan membasmi perosak yang berada di dalam negara.

Pewasapan adalah satu kaedah rawatan dengan melepaskan racun amat berbahaya dalam bentuk gas di dalam ruang tertutup pada kadar dan tempoh tertentu untuk membunuh perosak yang dituju. Ianya merupakan kaedah yang amat berbahaya jika tidak dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, Skim Perakuan Pensijilan Pewasapan Malaysia (MAFAS) telah diwujudkan oleh Jabatan Pertanian untuk memastikan semua syarikat pewasapan menjalankan pewasapan mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Setiap syarikat yang ingin menjalankan kerja-kerja rawatan bahan kayu pembungkus (wood packaging material - WPM) dan rawatan kuarantin melalui kaedah pewasapan menggunakan gas methyl bromide perlu diakreditasi di bawah Skim Perakuan Pensijilan Pewasapan Malaysia kelolaan Jabatan Pertanian yang dipertanggungjawabkan oleh International Plant Protection Convention (IPPC) dibawah International Standard of Phytosanitary Measures (ISPM) 15 untuk mentauliahkan syarikat-syarikat berkelayakan menjalankan kerja-kerja pewasapan tersebut.
 

 

Jabatan / Agensi
MOA DOF DVS MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN
Pautan Berkaitan
MYGovernment MSCMalaysia BLESS IIM SME SME
Pautan Antarabangsa
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES) Food and Agriculture Organization (FAO) World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)