LESEN EKSPORT Lesen Eksport dikeluarkan bagi pihak Ketua Pengarah KASTAM , bagi tanaman yang tertakluk di bawah Jadual kedua, Perintah KASTAM( Larangan Mengenai Eksport)2008. Ianya tertakluk di bawah item 8 iaitu menyatakan - Any species of plant or any part thereof which is alive and can be propagated and includes the stem, branch, tuber, bulb, corn, rhizomes, stock, bud wood, cutting, layer, slip, sucker, root, flower, fruit, seed or any other part like pollen, spores, meristem, tissue, callus tissues in culture medium or cryogenically preserved except those under item 5,9,10,11 and aquatic plants Pengeluaran Lesen Eksport terdiri dari dua kaedah ; - Pengeksportan ke Sabah dan Sarawak (movement) pengisian secara manual menggunakan Borang Kastam Tiga(K3) bersama borang permohonanan ( muat turun borang )
. - Pengeksportan luar dari Malaysia termasuk Brunei dan Singapura permohonan di buat secara on-line. Pengeksport/pemohon hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan pihak Dagangnet seperti berikut:
Pusat Perkhidmatan Pelanggan @ Careline Dagang Net Technologies Sdn Bhd HP Towers, 20th Floor, Jalan Gelenggang, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur Email: *careline@dagangnet.com Web Careline: http://www.dagangnet.com
Bayaran pendaftaran, yuran tahunan dan transaksi pengeluaran akan dikenakan kepada pihak pengeksport. Bagi pengeksport/pemohon/individu untuk pengeksportan dengan tujuan pribadi atau bukan komersial permohonan secara off-module dibenarkan (muat turun borang off module –EP 4b ) Hanya pejabat yang tertentu sahaja yang memproses permohonan secara off-module.Maklumat lebih lanjut sila rujuk ke SOP Lesen Eksport ( SOP Lesen Eksport ) Permohonan Lesen Eksport
- Permohonan Lesen Eksport hendaklah dipohon sekurang-kurangnya dalam tempoh dua (2) hari bekerja sebelum pemeriksaan fizikal konsainan dilakukan. Pemeriksaan fizikal konsainan dilakukan di tempat yang telah ditentukan oleh pengeksport/pemohon/individu setelah semua syarat dipenuhi.
- Fi
Setiap lesen Eksport akan di kenakankan bayaran sebanyak RM15.00(Lima belas ringgit sahaja) - Kelulusan
Lesen Eksport akan di keluarkan dalam tempoh 24 jam, selepas pemeriksaan fizikal konsainan dipatuhi dan syarat-syarat dipenuhi.
|