Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .
Perlindungan Tanaman dan Kuarantin Tumbuhan
Piagam Pelanggan Kami berjanji akan memberi perkhidmatan berkualiti seperti berikut :-
Khidmat nasihat teknikal mengenai perkhidmatan perlindungan tanaman dan kuarantin tumbuhan akan diberikan selewat-lewatnya tujuh (7) hari dari tarikh terima permohonan.
Khidmat analisis makmal, diagnostik ladang dan kepakaran diagnostik perosak tanaman akan diberikan selewat-lewatnya empat belas (14) hari dari tarikh terima permohonan.
Khidmat regulatori di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import/Eksport ) 2008 dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686) mengenai keputusan permohonan sijil/permit/lesen yang memenuhi syarat/keperluan dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan yang lengkap :-
Permit import bagi tumbuhan, bahan tanaman, media tanaman, bahan pembungkus, tanih, organisma berfaedah dalam masa lima (5) hari.
Permit import bagi baja dan mikroorganisma dalam tempoh tiga (3) bulan hingga enam (6) bulan.
Lesen Eksport, Sijil Fitosanitasi dan Permit/Sijil CITES (Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Flora & Fauna) dalam masa dua (2) hari selepas pemeriksaan.
Khidmat inspektorat untuk keputusan permohonan pensijilan yang memenuhi syarat-syarat dalam tempoh seperti berikut dari tarikh terima permohonan yang lengkap:-
Pensijilan MPCA (Malaysian Phytosanitary Certification Assurance Scheme) dalam tempoh tiga (3) bulan.
Pensijilan MAFAS (Malaysian Fumigation Accreditation Scheme) dalam tempoh tiga (3) bulan.
Pensijilan MAHTAS (Malaysian Heat Treatment Accreditation Scheme) dalam tempoh tiga (3) bulan.
Objektif
Mengawal serangan bagi mengurangkan kerugian hasil tanaman disebabkan oleh perosak tanaman
Menjaga keselamatan pertanian negara melalui pencegahan kemasukan dan kemerebakan perosak asing termasuk agen biotik seperti 'effective micro-organism' dan Genetically Modified Organism (GMO)
Mengawal pergerakan keluar bahan tumbuhan atau janaplasma yang bernilai dan berkepentingan kepada negara melalui pengeluaran Lesen Eksport dan Permit CITES bagi spesies tumbuhan yang terancam pupus.
Memudahkan pengimportan dan menggalakkan eksport dan eksport semula bahan-bahan pertanian melalui pengeluaran Sijil Fitosanitasi, permit import dan perkhidmatan kuarantin selepas masuk.
Memanfaatkan penggunaan organisma-organisma berfaedah dalam bidang pertanian dengan membangunkan dan memajukan projek-projek seperti burung pungguk jelapang dan cacing.
Menangani masalah semasa mengenai perdagangan melibatkan bahan dan hasil Pertanian menerusi penglibatan dalam agensi seperti International Plant Protection Convention (IPPC), Asia And Pacific Plant Protection Commission (APPPC), ASEAN Cooperation dan lain lain