Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .

 

 
Perancangan, Teknologi Maklumat & Komunikasi

LATAR BELAKANG

Bahagian Perancangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi merangkumi tiga (3) seksyen iaitu (i) Seksyen Perancangan Strategik dan Antarabangsa, (ii) Seksyen Penyelarasan, Pemantauan dan Penilaian, dan (iii) Seksyen Teknologi dan Pengurusan Maklumat.

Bahagian ini merupakan Urus Setia Direktorat kepada Jabatan Pertanian yang bertanggungjawab kepada pihak pengurusan atasan dari segi menyelaras perancangan program/projek dan penyediaan anggaran Belanjawan Pembangunan tahunan untuk Jabatan. Seterusnya memantau dan menilai prestasi perbelanjaan dan fizikal pelaksanaan program/projek Jabatan yang dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian di peringkat negeri supaya mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Bahagian ini turut terlibat dalam merancang dan memantau pelaksanaan projek Pembangunan Kawasan Tumpuan Pembangunan Pertanian (ACDA), projek Pembangunan Pertanian Kawasan termasuk Pertanian Moden dan Pembangunan Tanah Terbiar serta projek Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM).

Selain itu, bahagian ini juga berperanan memantapkan sistem teknologi maklumat dan komunikasi terkini dengan merancang dan menyelenggara sistem serta pangkalan data bagi maklumat pertanian.

OBJEKTIF BAHAGIAN

Objektif Bahagian Perancangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi   adalah untuk:

Menyokong pengurusan Jabatan Pertanian dalam merancang strategi, program dan projek Jabatan selaras dengan dasar dan arahan kerajaan;

Menyelaras dan menilai pelaksanaan program dan projek Jabatan untuk menepati matlamat; dan

Meningkatkan penggunaan teknologi maklumat, mewujudkan pangkalan data pertanian bersepadu serta membekalkan perangkaan pertanian yang tepat.

FUNGSI  BAHAGIAN

Fungsi Bahagian Perancangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara khususnya mengikut seksyen adalah seperti berikut:

  1. Seksyen Perancangan Strategik dan Antarabangsa

    1. Merangka strategi, program dan projek-projek Pembangunan Jabatan Pertanian.
    2. Menyelaras perancangan makro sektor pertanian negara khususnya sektor tanaman dari segi pelaksanaan polisi, program dan projek di peringkat Bahagian, Negeri dan IADP perancangan.
    3. Menyelaras maklumat dan memantau pelaksanaan pembangunan pertanian di atas tanah-tanah di bawah pengawasan Jabatan Pertanian Persekutuan.
    4. Menyelaras penglibatan Jabatan Pertanian dalam aktiviti antarabangsa merangkumi kerjasama teknikal dan ekonomi.
  2. Seksyen Penyelarasan, Pemantauan dan Penilaian
    1. Penyelarasan penyediaan Anggaran Belanjawan Pembangunan Tahunan, Anggaran Belanjawan Rancangan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Lima Tahun Jabatan Pertanian;
    2. Penyelarasan pengagihan dan pengesanan perbelanjaan Peruntukan Pembangunan Jabatan Pertanian;
    3. Penyelarasan perancangan dan pemantauan prestasi Belanja Mengurus Bahagian Perancangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi;
    4. Pemantauan dan penilaian prestasi fizikal pelaksanaan program dan projek Jabatan Pertanian; dan
    5. Penilaian impak program dan projek Jabatan Pertanian.
  3. Seksyen Teknologi dan Pengurusan Maklumat
    1. Merancang, membangun dan menyelenggara infrastruktur teknologi maklumat dan sistem aplikasi;
    2. Merancang, membangun dan menyelenggara pangkalan data pertanian;
    3. Menyedia, menyimpan dan membekal maklumat perangkaan pertanian;
    4. Memberi khidmat kepakaran dan latihan dalam bidang teknologi maklumat dan perangkaan pertanian untuk Jabatan Pertanian;
    5. Membangun dan menyelenggara pangkalan data spatial khas untuk pembangunan aplikasi GIS (Geographical Information System); dan
    6. Membangun dan menyelenggara Portal Sistem Maklumat Pertanian berasaskan GIS (AgrIS GeoPortal).
  4. Unit Pentadbiran
    1. Menentukan supaya Hal Ehwal Pentadbiran berjalan dengan licin dan teratur;
    2. Menentukan keperluan jawatan dan urusan perkhidmatan dilaksanakan dengan sempurna serta mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan; dan
    3. Mewujudkan satu sistem akaun dan kewangan yang teratur selaras dengan Arahan-arahan Perbendaharaan, Jabatan Akauntan Negara dan Jabatan Audit Negara.


 

Pages: 1  2  

Jabatan / Agensi
MOA DOF DVS MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN
Pautan Berkaitan
MYGovernment MSCMalaysia BLESS IIM SME SME
Pautan Antarabangsa
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES) Food and Agriculture Organization (FAO) World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)