Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .
Pengurusan
Pengenalan
Bahagian Pengurusan Jabatan Pertanian atau dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pentadbiran dan Kewangan adalah bertanggungjawab dalam memberikan Khidmat dari aspek pengurusan pegawai dan kakitangan jabatan serta pengurusan kewangan. Bahagian Pengurusan Jabatan Pertanian terdiri daripada tiga (3) seksyen iaitu Seksyen Pentadbiran, Seksyen Perkhidmatan dan Seksyen Kewangan
Sekyen Kewangan bertanggungjawab dalam menyelaras dan menguruskan anggaran belanjawan mengurus tahunan Jabatan serta mengagihkan peruntukan. Sekyen ini juga bertanggungjawab dalam penyediaan jawapan/ulasan ke atas semua pertanyaan/teguran Audit Dalam, Audit Negara dan Akauntan Negara.
Bagi Seksyen Perkhidmatan pula bertindak mengurus keperluan perjawatan, pengambilan dan perkhidmatan untuk semua peringkat pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian. Seksyen ini juga menguruskan kenaikan pangkat, penempatan dan peperiksaan untuk pegawai dan kakitangan Jabatan. Manakala Seksyen Pentadbiran pula bertanggungjawab serta melaksanakan kerja-kerja pentadbiran Bahagian Pengurusan dan Jabatan Pertanian.
Selain dari itu, Bahagian Pengurusan juga bertindak sebagai Ketua Urusetia Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan Jabatan Pertanian (JKP), Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Jabatan (JPKA), Jawatankuasa Pengurusan Aset Jabatan (JKPAK) dan Majlis Bersama Jabatan (MBJ) serta Urusetia Jawatankuasa Sebutharga dan Tender Jabatan.
Objektif Bahagian
Menentukan proses urusan pentadbiran Jabatan dilaksanakan dengan cekap dan sistematik
Memastikan keperluan perjawatan memenuhi matlamat dan fungsi Jabatan
Memastikan pengurusan kewangan yang teratur selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa
Mewujudkan hubungan baik dan kerjasama dengan Bahagian lain
Meningkatkan tahap kecekapan dan mengoptimumkan sumber tenaga manusia.