Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .
Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani
Pengenalan
Pengembangan adalah teras perkhidmatan Jabatan Pertanian dan ia merupakan sistem penyampaian (delivery system) Jabatan. Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) adalah sistem pengembangan berstruktur dan berjadual yang memberi fokus kepada pemindahan dan pengamalan teknologi pertanian berdasarkan kepada keperluan kumpulan sasar, peringkat aktiviti dan keadaan setempat.
SPTP menekankan kepada latihan kepakaran agen pengembangan serta lawatan pengembangan petani secara berjadual mengikut kalendar tanaman dan peringkat pelaksanaan projek. Ia melibatkan penyertaan semua pegawai negeri dan Bahagian Teknikal Jabatan Pertanian dalam semua program/ aktiviti Jabatan
Objektif Bahagian
Memperkemaskan perkhidmatan pengembangan melalui pelbagai latihan, perundingan dan nasihat teknikal kepada golongan sasar supaya menghasilkan masyarakat usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta bersikap positif dalam mengamalkan teknologi-teknologi moden bagi meningkatkan produktiviti yang bermutu, mesra alam dan selamat dimakan serta menyumbang kepada peningkatan pendapatan melalui bidang pertanian.
Menerbitkan bahan media pertanian untuk dijadikan sebagai landasan untuk pegawai dan petani di semua peringkat mendapat maklumat mengenai perkembangan semasa pertanian di peringkat daerah dan negeri untuk dikongsi bersama, teknologi mudah dan kejayaan projek pertanian.
Fungsi Bahagian
Merancang, menyelaras, memantau dan menilai pelaksanaan perkhidmatan pengembangan kepada petani / pelanggan dan pengusaha projek industri asas tani.
Memberi khidmat perundingan dan khidmat nasihat teknikal kepada pihak swasta dan usahawan dalam bidang pertanian dan asas tani.
Merancang, melaksana, menyelaras, memantau dan menilai program pembangunan industri asas tani dan pembangunan usahawan asas tani.
Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau aktiviti penggalakan pelaburan.
Menerbit maklumat teknikal dan bukan teknikal pertanian, mempromosi & menyediakan perkhidmatan Pusat Sumber Jabatan.