(MEDIA PENGEMBANGAN) Sebagai agensi utama dalam perkhidmatan pengembangan pertanian, Jabatan Pertanian telah menerbitkan pelbagai maklumat pertanian untuk petani, usahawan pertanian dan orang awam, di samping pegawai dan kakitangan Jabatan Pertanian sendiri. Tujuan utama aktiviti ini ialah untuk mendedahkan dan menyampaikan maklumat teknologi pertanian terkini kepada semua pelanggan dan pegawai. Maklumat dikeluarkan dalam bentuk buku, risalah, majalah, poster dan sebagainya. Infotani dan Teknotani adalah risalah yang diberikan secara percuma dan boleh dimuat turun melalui laman web rasmi Jabatan Pertanian. Pakej Teknologi, Manual Tanaman dan Lain-Lain Penerbitan di jual pada harga yang berpatutan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di: Seksyen Komunikasi, Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani, Jabatan Pertanian, Wisma Tani, Aras 14, No.30, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya, Malaysia Tel: 03-8870 3154
|