Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .

 

 
Pembangunan Sumber Manusia
 

Latar Belakang

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia

Sebelum tahun 1992, aktiviti latihan dalam khidmat dan latihan kepada belia-belia di Institut Pertanian diletakkan di bawah Cawangan Latihan dan Kemajuan Kerjaya. Selain daripada itu Cawangan Perancangan dan Pembangunan mengendalikan kursus jangka pendek di luar negeri dan latihan lepasan ijazah untuk pegawai-pegawai Jabatan Pertanian. Latihan di bidang Kejenteraan Pertanian dikendalikan oleh Cawangan Kejenteraan Pertanian sementara latihan di bidang Pembangunan Keluarga Tani dikendalikan oleh Cawangan Pengembangan Pertanian.
Dengan wujudnya organisasi baru pada tahun 1992, Cawangan Latihan dan Kemajuan Kerjaya dipecahkan kepada dua cawangan. Aktiviti latihan dalam khidmat diletakkan di bawah Cawangan Kemajuan Kerjaya sementara latihan kepada belia diletakkan di Cawangan Latihan Institut. Selain daripada itu Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian, Serdang dan Pusat Latihan Pembangunan Keluarga Tani yang mengendalikan latihan dalam khidmat diletakkan di bawah Cawangan Kemajuan Kerjaya. Mulai tahun 1996, kedua-dua Cawangan Kerjaya dan Cawangan Latihan Institut telah disatukan semula di bawah Bahagian Pembangunan Sumber Manusia.

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pertanian Malaysia pada hari ini terdiri daripada dua seksyen iaitu Seksyen Kemajuan Kerjaya (SKK) yang bertanggungjawab ke atas kursus dan latihan pegawai serta kakitangan Jabatan Pertanian dan Seksyen Latihan Kemahiran (SLK) yang memfokuskan kepada latihan Sijil Pertanian serta Program Inkubator Usahawan Tani. Seksyen Kemajuan Kerjaya terdiri daripada empat (4) buah unit iaitu Unit Pembangunan Kerjaya, Unit Pengurusan dan Penilaian, Unit Latihan Dalam Khidmat dan Unit Maklumat Latihan. Manakala Seksyen Latihan Kemahiran pula terdiri daripada Unit Penilaian dan Pengesanan, Unit Pengurusan Pelajar, Unit Pembangunan dan Kurikulum serta Unit Inkubator Usahawan Tani dan SKM.

Di bawah pentadbiran Bahagian Pembangunan Sumber Manusia ini turut diletakkan 5 buah Pusat Latihan Pegawai khusus untuk para pegawai Jabatan Pertanian serta 5 buah Institut Pertanian Semenanjung Malaysia. Di samping itu terdapat juga satu Unit Pentadbiran yang menguruskan hal-hal pentadbiran dan kewangan.

Pages: 1  2  3  4  

Jabatan / Agensi
MOA DOF DVS MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN
Pautan Berkaitan
MYGovernment MSCMalaysia BLESS IIM SME SME
Pautan Antarabangsa
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES) Food and Agriculture Organization (FAO) World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)