Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .

 

 
PELAPORAN SERANGAN PEROSAK TANAMAN PADI
 

Pengenalan

Perkhidmatan Pelaporan Serangan Perosak Tanaman Padi ini merupakan inisiatif baru Jabatan Pertanian bagi mempelbagaikan kaedah penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan rakyat. Perkhidmatan MySMS ini membolehkan petani melaporkan masalah perosak padi meliputi serangan perosak dan penyakit tanaman padi melalui SMS supaya tindakan susulan dapat diambil oleh pihak Jabatan Pertanian dengan segera. Melalui gerbang perkhidmatan ini, amaran awal serangan perosak dapat disalurkan dengan mudah, cepat dan beroperasi 24 jam sehari.

 

* Caj penghantaran satu pelaporan adalah sebanyak RM 0.35 (caj penghantaran SMS RM 0.15 dan caj penerimaan SMS auto-reply RM 0.20). 

 

Panduan Perkhidmatan

1. Taip kod perkhidmatan MySMS Jabatan Pertanian seperti berikut: 

DOA <jarak> PROSAKPADI <jarak> kod_negeri <jarak> lokasi_kejadian <jarak> aduan_ringkas

 

contoh:

DOA PROSAKPADI A PARIT BUNTAR SERANGAN BENA PERANG

 

** kod_negeri adalah seperti berikut:

  • A = Perak
  • B = Selangor
  • C = Pahang
  • D = Kelantan
  • J = Johor
  • K = Kedah
  • M = Melaka
  • N = Negeri Sembilan
  • P = Pulau Pinang
  • R = Perlis
  • T = Terengganu

 

2. Hantar SMS ke nombor 15888

3. Anda akan menerima satu SMS auto-reply yang mempunyai nombor rujukan:


DOA: Laporan anda bernombor rujukan [refnum] telah diterima. Anda akan dihubungi untuk maklumat lanjut. Sebarang pertanyaan, hubungi 03-20301400.

 

 4. Pegawai Jabatan Pertanian akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

5. Tindakan susulan seperti bancian dan kawalan perosak akan diambil.

 

 

Jabatan / Agensi
MOA DOF DVS MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN
Pautan Berkaitan
MYGovernment MSCMalaysia BLESS IIM SME SME
Pautan Antarabangsa
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES) Food and Agriculture Organization (FAO) World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)