PENGENALAN
Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur yang diluluskan di bawah penyusunan semula struktur organisasi Jabatan Pertanian, berkuatkuasa mulai 1 Julai 2005 terdiri daripada 3 Seksyen iaitu :-
- Seksyen Padi
- Seksyen Tanaman Industri Dan Komoditi Berpotensi
- Seksyen Florikultur
OBJEKTIF BAHAGIAN
i. Menjana perkembangan jumlah pengeluaran padi bagi memenuhi dasar tahap saradiri (SSL) pada paras 78% dengan jumlah pengeluaran sebanyak 2.9 juta m/ton beras menjelang tahun 2015.
ii. Menjana perkembangan jumlah pengeluaran pada kadar 3.27% setahun dengan sasaran purata pengeluaran padi sebanyak 5.0 tan/ha bagi kawasan dalam jelapang dan 3.7 tan/ha bagi kawasan luar jelapang menjelang tahun 2015.
iii. Memajukan tanaman industri seperti kelapa dan kopi serta komoditi berpotensi seperti herba, rempah ratus, cendawan, lebah madu dan tanaman pelbagai.
iv. Memajukan tanaman bunga-bungaan/florikultur untuk memenuhi keperluan pasaran domestik dan eksport.
v. Membangun dan mempromosi teknologi penanaman yang mapan dan bersesuaian dalam perspektif Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practice) bagi menghasilkan keluaran yang berkualiti dan selamat kepada pengguna.
FUNGSI BAHAGIAN
i. Menggalakkan pembangunan tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpotensi serta florikultur bagi memenuhi matlamat Dasar Pertanian Negara.
ii. Membangunkan pakej teknologi dan sistem pengurusan ladang bagi tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpontesi serta florikultur.
iii. Meningkatkan kemahiran agen pengembangan dalam aspek tanaman padi, tanaman industri dan komoditi berpontesi serta florikultur melalui latihan teknikal.
iv. Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat kepada golongan sasar dalam teknologi pengeluaran tanaman dan pengurusan ladang.
v. Mengeluar dan membekalkan benih berkualiti dari varieti unggul (superior) bagi tujuan penanaman.
vi. Menyediakan perkhidmatan skim pengesahan benih padi dalam pengeluaran benih padi sah.