Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .

 

 
Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA)

Untuk menjadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, Kerajaan pada bulan Oktober 2010 telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi meningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$6,700 (RM23,700) pada tahun 2009 kepada AS$15,000 (RM48,000) pada tahun 2020. Peningkatan ini akan dicapai melalui pertumbuhan pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak 6% setahun sehingga 2020.

    ETP memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utara Negara (NKEA) iaitu:
  1. Minyak, Gas dan Tenaga
  2. Minyak Sawit
  3. Perkhidmatan Kewangan
  4. Pelancongan
  5. Perkhidmatan Perniagaan
  6. Elektronik dan Elektrikal
  7. Borong dan Runcit
  8. Pendidikan
  9. Kesihatan
  10. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  11. Pertanian
  12. Greater Kuala Lumpur
Dibawah ETP, NKEA tersebut talah dikenalpasti sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang mempunyai potensi untuk memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebanyak 131 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) dan 60 peluang perniagaan (BO) telah dikenalpasti untuk menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara kasar (GNI).

Jabatan Pertanian hanya terlibat dalam 2 Projek Penggerak Ekonomi (EPP) iaitu EPP 1 (Unlocking value from Malaysia’s biodiversity through high-value  herbal products) dan EPP 7 (Upgrading capabilities to produce fruit and vegetables for premium markets). Dibawah EPP 1, tanaman herba yang akan difokus adalah Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kuching, Dukung Anak dan Hempedu. Manakala dibawah EPP 7, tanaman buah-buah yang difokus adalah  Betik eksotika, Nanas MD2, Rock Melon KR, Belimbing B10, Nangka J32 dan Pisang cavendish ; tanaman sayur-sayuran yang difokus adalah Tomato, Capsicum dan Lettuce. GNI yang disasarkan pada tahun 2020 bagi EPP 1 adalah RM2.2 billion manakala bagi EPP 7 adalah sebanyak  RM1.4 billion.

Disamping itu, Jabatan Pertanian juga terlibat dalam 2 peluang perniagaan (BO) iaitu BO 8 (Button mushroom farming) dan BO 9 (Packaged fruit production such as jackfruit). GNI yang disasarkan pada tahun 2020 bagi BO 8 adalah RM182 juta manakala bagi BO 9 adalah sebanyak  RM54 juta.

* Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pemandu.gov.my

 

 

Jabatan / Agensi
MOA DOF DVS MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN
Pautan Berkaitan
MYGovernment MSCMalaysia BLESS IIM SME SME
Pautan Antarabangsa
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES) Food and Agriculture Organization (FAO) World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)