Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .

 

 
Laporan Kajian/Penilaian


Penilaian merupakan satu komponen utama dalam pengurusan pembangunan kerajaan untuk mengukur samada sesuatu dasar, program atau projek mencapai matlamat yang ditetapkan serta mendatangkan faedah kepada kumpulan sasar atau sebaliknya. Penilaian merupakan elemen penting dalam kitaran projek dan merupakann sebahagian daripada pengurusan strategik negara yang bertujuan untuk  memantapkan lagi perancangan dan pelaksanaan program pembangunan kerajaan. Oleh itu, pendekatan bersistematik yang berterusan adalah diperlukan bagi menilai outcome dan impak sesuatu program/projek supaya maklumbalas dan penemuan yang diperoleh dapat digunakan dengan berkesan untuk menambah baik dasar dan program kerajaan atau memutuskan sesuatu program/projek diubahsuai, diperluas atau dimansuhkan. 

Oleh yang demikian, Jabatan telah melaksanakan beberapa kajian/penilaian ke atas program/projek Jabatan sepanjang RMK-9 agar hasil penilaian tersebut dapat digunakan sebagai panduan untuk penambahbaikan pelaksanaan program/projek Jabatan di masa hadapan.

1. KAJIAN PENGENALPASTIAN FAKTOR-FAKTOR YANG BOLEH MEMPERTINGKATKAN PRESTASI PROJEK TKPM BAGI TEMPOH RMK-8
 

                                                             

Satu Pasukan Kajian yang terdiri daripada pegawai-pegawai Bahagian Perancangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Pertanian dan Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Malaysia telah ditubuhkan untuk menjalankan Kajian Pengenalpastian Faktor-Faktor Yang Boleh Mempertingkatkan Prestasi Projek TKPM Jabatan Pertanian Bagi Tempoh RMK-8.

Kajian ini telah dijalankan pada 6 hingga 24 Mei 2007 di lapan (8) buah negeri termasuk Kedah, Perak, Selangor, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan yang melibatkan 25 buah projek TKPM. Seramai 227 orang responden yang terdiri daripada  24 orang Penyelia Projek dan 203 orang peserta TKPM telah ditemubual. Analisis kajian telah dijalankan dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for the Social Science (SPSS) ver. 13.

Kajian ini telah dapat memberikan gambaran keseluruhan prestasi projek TKPM bagi tempoh RMK-8 dengan menyimpulkan bahawa terdapat lima (5) faktor utama yang boleh mempertingkatkan prestasi projek TKPM iaitu tanah, kemudahan infrastruktur, pengurusan projek (penyelia projek TKPM, peserta dan amalan teknologi), pengeluaran dan pemasaran. Kesemua faktor dan hubungkait antara faktor-faktor tersebut telah dibincangkan secara terperinci dalam laporan kajian.
 

2. KAJIAN KE ATAS PROJEK PEMPROSESAN MAKANAN DAN KRAFTANI PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI ASAS TANI SERTA PROGRAM MEMPELBAGAI DAN MENAMBAHKAN PENDAPATAN PETANI

 

                                                           

Kajian Ke Atas Projek Pemprosesan Makanan dan Kraftani Program  Pembangunan Industri Asas Tani (IAT) serta Program Mempelbagai dan Menambahkan Pendapatan Petani (PMMPP) yang dijalankan ini adalah selaras dengan arahan YAB Perdana Menteri Malaysia untuk menilai program pembangunan yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian. Di samping itu, kajian ini juga menjadi input kepada pelaporan bagi projek berimpak besar (High Impact Project) yang dipantau di bawah National Implementation Directorate (NID).

Kajian ini telah dijalankan pada 14 Julai 2008 hingga 7 Ogos 2008 di semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. Seramai 432 responden (12%) yang terdiri daripada 357 orang peserta Program Industri Asas Tani (IAT) dan Program Mempelbagai dan Menambahkan Pendapatan Petani (PMMPP) serta 75 orang Pembimbing IAT/PMMPP telah dilibatkan dalam kajian ini. Analisis kajian telah dijalankan dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for the Social Science (SPSS) ver. 13.

Objektif kajian secara keseluruhannya adalah untuk menilai status dan outcome projek pemprosesan makanan dan kraftani bagi Program IAT dan PMMPP berdasarkan kepada pelaksanaan projek tersebut. Beberapa cadangan penambahbaikan turut dikemukakan berdasarkan kepada isu dan halangan yang dihadapi oleh pengusaha IAT/PMMPP.
 

       

3. PENILAIAN RAPID APPRAISAL KE ATAS PUSAT KECEMERLANGAN TEKNOLOGI (COE) JABATAN PERTANIAN DI KOMPLEKS PERTANIAN SERDANG, SELANGOR

                                                          

Laporan penilaian rapid appraisal ini disediakan bagi tujuan untuk menilai status terkini Pusat Kecemerlangan Teknologi (CoE) Serdang. Ia meliputi segala temuan dalam konteks penilaian ke atas objektif CoE tersebut. Temuan dapat dijadikan input bagi membantu pihak Pengurusan Atasan dalam membuat perancangan, strategi dan menentukan pelaksanaan arah tuju CoE Jabatan Pertanian di masa hadapan.

Pasukan Penilai yang terlibat dalam penilaian ini terdiri daripada lima (5) orang pegawai iaitu dari Bahagian Perancangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Bahagian Hortikultur, Jabatan Pertanian.

Penilaian rapid appraisal ke atas Pusat Kecemerlangan Teknologi (CoE) Serdang, Selangor ini dijalankan pada 23 hingga 25 April 2008.  Seramai 14 orang responden daripada pelbagai peringkat (insiders) terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian, usahawan inkubator dan fertigasi, pembeli dan syarikat yang terlibat dalam program perkongsian pintar Jabatan Pertanian telah dilibatkan dalam temubual menggunakan soal selidik bagi mendapatkan gambaran menyeluruh dalam konteks pelaksanaan CoE Serdang.

Segala isu dan halangan yang dihadapi selama ini telah diketengahkan untuk perhatian semua pihak terlibat. Resolusi kepada semua isu dan halangan boleh ditangani berpandukan kepada beberapa cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan oleh ahli Pasukan Penilai sebagaimana yang terdapat dalam laporan ini.

 
4. PENILAIAN RAPID APPRAISAL KE ATAS PEMBANGUNAN KLUSTER INDUSTRI TANAMAN MANGGA DI MELAKA

                                                            

Laporan penilaian disediakan bagi tujuan untuk menilai status terkini Pembangunan Kluster Industri Tanaman Mangga di Melaka. Ia meliputi segala temuan dalam konteks penilaian ke atas objektif Kluster Industri Tanaman Mangga. Temuan dapat dijadikan input bagi membantu pihak Pengurusan Atasan dalam membuat perancangan, strategi dan menentukan pelaksanaan arah tuju kluster mangga di masa hadapan.

Pasukan Penilai yang terlibat dengan penilaian ini terdiri daripada tujuh (7) orang pegawai (outsiders) dari Bahagian Perancangan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan kerjasama Bahagian Pengembangan, Perundingan, Pelaburan dan IAT, Bahagian Hortikultur serta Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur.

Penilaian rapid appraisal ke atas Pembangunan Kluster Industri Tanaman Mangga di Melaka ini mula dijalankan pada 22 hingga 24 April 2008.  Seramai 85 responden dari pelbagai peringkat (insiders) terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Pertanian Negeri Melaka, pegawai-pegawai FAMA, JPS, syarikat-syarikat swasta termasuk anchor company serta peserta-peserta projek telahpun dilibatkan dalam temubual tersebut. Seterusnya, temuan yang diperolehi melalui temubual, tinjauan ladang dan data sekunder telah dianalisis menggunakan kaedah S.W.O.T. Satu sesi pembentangan temuan penilaian (validation session) bersama responden terlibat juga telah diadakan bagi tujuan mendapatkan persetujuan dan pengesahan bersama ke atas maklumat yang diperolehi.

Segala isu dan masalah yang dihadapi selama ini telah dapat diketengahkan untuk perhatian semua pihak terlibat. Resolusi kepada semua isu dan masalah boleh ditangani berpandukan kepada beberapa cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan oleh ahli Pasukan Penilai terlibat sebagaimana yang terdapat dalam laporan ini.

Pages: 1  2  

Jabatan / Agensi
MOA DOF DVS MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN
Pautan Berkaitan
MYGovernment MSCMalaysia BLESS IIM SME SME
Pautan Antarabangsa
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES) Food and Agriculture Organization (FAO) World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)