PENGENALAN Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa dan produk-produk berasaskan buah-buahan. PELAKSANAAN Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan. Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian. PENGAMBILAN PESERTA Pengambilan peserta dibuat setahun sekali dan akan diiklankan di akhbar utama tempatan. Mereka yang berminat boleh memohon setelah iklan dikeluarkan. TEMPOH KURSUS Jangkamasa kursus ialah selama enam (6) bulan secara sepenuh masa. KEMUDAHAN DISEDIAKAN Tempat tinggal sepanjang tempoh kursus.
|