Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .

 

 
Kejuruteraan Pertanian
 

Misi

Mempercepatkan transformasi sektor pertanian dalam bidang mekanisasi dan automasi ladang serta memberi perkhidmatan sokongan teknikal, perundingan dan nasihat profesional kejuruteraan pertanian

Objektif

Memajukan mekanisasi pertanian ke arah pembangunan pertanian moden dan komersial khasnya dan pembangunan ekonomi negara amnya

Fungsi

  • Memberi khidmat sokongan teknikal Kejuruteraan Pertanian dalam menjayakan perlaksanaan projek-projek utama Jabatan Pertanian, meliputi Kejuruteraan Pengeluaran & Logistik, Kejuruteraan Air dan Kejuruteraan Tuai / Pasca Tuai dan Pemprosesan Hasil Pertanian
  • Membangun dan menyesuaikan teknologi Kejuruteraan Pertanian ke arah meningkatkan produktiviti ladang dan daya saing sektor pertanian negara
  • Memberi khidmat perundingan dan nasihat dalam bidang Kejuruteraan Pertanian kepada Jabatan, Agensi Pertanian, Usahawan dan Petani.
  • Menyediakan khidmat sokongan logistik meliputi perolehan, agihan, pembaikan, penyelenggaraan dan pelupusan.

 Piagam Pelanggan
 

  1. Menyampaikan teknologi kejuruteraan pertanian melalui khidmat perundingan, khidmat nasihat, demonstrasi dan latihan/tunjuk ajar dalam bidang kejuruteraan pertanian kepada jabatan, petani, usahawan pertanian dan agensi meliputi kejuruteraan pengeluaran, kejuruteraan air dan kejuruteraan tuai, pasca tuai dan pemprosesan hasil pertanian
  2. Memberi khidmat rekabentuk dan maklumat teknologi pemasangan sistem pengairan serta pembangunan sumber air untuk pengairan seperti menggali kolam, telaga tiub dan empangan mini
  3.  Memberi khidmat rekabentuk dan maklumat teknologi dalam pembinaan struktur ladang meliputi struktur pelindung hujan, sistem fertigasi, bangunan pusat pengumpulan hasil, stor ladang, rumah pam dan rumah cendawan.
  4. Memberi khidmat sokongan jentera berat kepada projek-projek anjuran jabatan, meliputi pembersihan kawasan, persiapan teres tanaman, pembinaan kolam pengairan dan pembinaan infrastruktur ladang (jalan ladang, sistem perparitan, dsb).
  5. Menyediakan perkhidmatan perolehan kenderaan dan jentera pertanian meliputi penyediaan spesifikasi, dokumen sebutharga dan tender serta maklumat pembekal.
  6. Menyediakan  perkhidmatan penyelenggaraan dan pembersihan kawasan di stesen-stesen Jabatan Pertanian.
  7. Menyediakan perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan jentera dan alat pertanian Jabatan Pertanian.

Pegawai Penghubung

Nama : Pn. Nurazwin Zulkifli

No Tel : 0389486058

No Fax : 03-8948 3718

Email : nurazwin@doa.gov.my

Alamat : BAHAGIAN KEJURUTERAAN PERTANIAN             

            KOMPLEKS PERTANIAN SERDANG BEG BERKUNCI 201 PEJABAT POS UPM

            43409 SERDANG  SELANGOR.

 

 

 [kembali]

Jabatan / Agensi
MOA DOF DVS MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN
Pautan Berkaitan
MYGovernment MSCMalaysia BLESS IIM SME SME
Pautan Antarabangsa
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES) Food and Agriculture Organization (FAO) World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)