image
image
image
image
image
image
 

Kawalan Racun Perosak

Bahagian Kawalan Racun Perosak merupakan sebuah bahagian teknikal yang bertanggungjawab dalam melaksana dan menguatkuasakan Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Bahagian ini terlibat di dalam mengawal mutu, keberkesanan dan kesan negatif racun makhluk perosak yang diimport dan dikilang di negara ini melalui skim pendaftaran. Manakala permit import digunakan bagi racun makhluk perosak tidak berdaftar bagi tujuan pelajaran dan penyelidikan. Premis-premis yang terlibat dengan aktiviti penjualan dan penyimpanan racun makhluk perosak pula dikawal melalui pelesenan premis.

Bahagian ini juga bertanggungjawab di dalam mengawal pengendalian dan pengunaan racun makhluk perosak, mengawal penggunaan racun makhluk perosak amat berbisa serta mengawal pelabelan dan pengiklanan sesuatu racun makhluk perosak. Hasil daripada aktiviti pendaftaran racun makhluk perosak bahagian ini bertanggungjawab menjalankan aktiviti selepas pendaftaran yang melibatkan penguatkuasaan, pengesanan residu racun makhluk perosak dalam hasil tanaman dan alam sekitar. Selain itu, bahagian ini bertindak sebagai agensi penyelaras dalam hal-hal berkaitan racun makhluk perosak diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

 

PEGAWAI PENGHUBUNG

Nama                   : Encik Mohammad Nazrul Fahmi Bin Abdul Rahim

No. Tel                 : 03-2030 1400

No. Fax                : 03-2691 7551

Emel                    : nazrulfahmi@doa.gov.my

Alamat                 : Bahagian Kawalan Racun Perosak , Jabatan Pertanian,

                               Wisma Tani Jln Sultan Salahuddin

                               50632 Kuala Lumpur.

                                  

Carta Organisasi Bahagian Bahagian Kawalan Racun Perosak

Direktori Pegawai Bahagian Bahagian Kawalan Racun Perosak

 

[kembali]