Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .

 

 
GARIS PANDUAN PERMOHONAN INSENTIF TANAMAN
 

a) Pengenalan

Program Insentif Pengeluaran Tanaman adalah merupakan salah satu dari tujuh program yang diluluskan oleh kerajaan di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan tahun 2008 pada 2 Mei 2008 yang lalu.  Program ini dilaksanakan bertujuan untuk meringankan bebanan pengusaha berikutan kenaikan kos pengeluaran akibat dari kenaikan  harga petrol dan seterusnya menggalakan  peningkatan pengeluaran tanaman makanan. Insentif ini disediakan kepada semua pengusaha tanaman makanan yang layak dan berdaftar dengan Jabatan Pertanian.  Jabatan Pertanian diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan program ini.  Sehingga kini peruntukan sejumlah RM 32.6 juta dari RM 150.0 juta telah diluluskan kerajaan untuk tujuan pembayaran insentif.

b) Tujuan

Tujuan pemberian insentif adalah untuk:

i. Meringankan bebanan pengusaha berikutan kenaikan kos pengeluaran.
ii. Menggalakkan peningkatan pengeluaran tanaman makanan (buah-buah dan sayur-sayuran)

c) Kadar Insentif Tanaman

Kadar insentif yang dipersetujui seperti berikut:
 

Jenis Tanaman Insentif
(i) Sayur-sayuran dan tanaman kontan RM81.00/metric tan
(ii) Buah-buahan RM78.00/metric tan


 

Pages: 1  2  3  

Jabatan / Agensi
MOA DOF DVS MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN
Pautan Berkaitan
MYGovernment MSCMalaysia BLESS IIM SME SME
Pautan Antarabangsa
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES) Food and Agriculture Organization (FAO) World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)