Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .

 

 

Bahagian Pembangunan Sumber Manusia

BIL

SOALAN LAZIM

JAWAPAN

1

Apakah bidang pengajian yang ditawar dalam kursus Sijil Pertanian?

Institut Pertanian telah menyediakan sukatan pelajaran yang khusus bagi mencapai matlamatnya. Terdapat 3 kategori mata pelajaran yang di ajar, iaitu kumpulan mata pelajaran asas, kemahiran dan pengkhususan. Pada tahun dua, pelajar boleh memilih salah satu bidang pengkhususan yang mereka minati iaitu:

·        Landskap

·        Pengurusan Estet

·        Pengurusan Ternakan

·        Mekanisasi Ladang

·        Teknologi Memproses Hasil Pertanian

·        Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan

 

2

Apakah peluang atau prospek kerjaya bagi graduan IPSM?

Graduan IPSM boleh memilih untuk bekerja, sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan pertanian. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta. Bidang-bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut:

·        Landskap

·        Nurseri Tanaman

·        Perladangan

·        Perhotelan

·        Rekreasi

·        Pemprosesan

·        Perusahaan Pertanian

 

3

Di manakah saya boleh mendapatkan borang permohonan untuk Institut Pertanian?

 

Mereka yang berminat boleh memohon apabila iklan dikeluarkan dalam akhbar-akhbar tempatan pada bulan Mac dan borang permohonan boleh diperolehi daripada:

·        Ibu Pejabat, Jabatan Pertanian, Putrajaya

·        Institut-Institut Pertanian Semenanjung Malaysia

·        Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Negeri

 

4

Adakah Institut Pertanian mengadakan latihan khusus untuk meningkatkan kecekapan dan pengetahuan untuk pelajarnya?

 

Semua pelajar wajib mengikuti Latihan Industri (LI) selama 8 minggu pada akhir Semester IV. Latihan ini diadakan sama ada di sektor swasta atau kerajaan.

 

5

Saya berumur 30 tahun dan sudah berumah tangga, adakan saya boleh memohon untuk meneruskan pengajian di Institut Pertanian?

 

Syarat pengambilan Institut Pertanian menetapkan hanya warganegara Malaysia berumur 17 hingga 25 dan belum berkahwin layak memohon kecuali pegawai kerajaan yang berumur kurang daripada 30 tahun.

 

6

Adakah Sijil Pertanian ini diperakukan dalam sistem pendidikan dan pekerjaan sekarang?

 

Sijil Pertanian telah diiktiraf setaraf dengan Sijil Politeknik (Teknikal) dan Politeknik-politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1996 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan kelayakan syarat pengambilan Pembantu Pertanian atau pekerjaan yang setaraf dengannya memerlukan kelulusan dalam Sijil Pertanian.

 

 

Pegawai Penghubung

Nama : Mohd Hafiz Bin Ramly

No Tel : 0388703262

No Fax : 03 - 88888475

Email : mohdhafiz @doa.gov.my

Alamat : SEKSYEN KEMAJUAN KERJAYA                

                ARAS 13, NO. 30 PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4, 62624, PUTRAJAYA

 

[kembali]

Jabatan / Agensi
MOA DOF DVS MARDI FAMA LKIM LPP Agrobank MADA KADA MPIB TEKUN TEKUN
Pautan Berkaitan
MYGovernment MSCMalaysia BLESS IIM SME SME
Pautan Antarabangsa
Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) Afro-Asian Rural Development Organization (AARDO) Plants Committee on Convention of Species of Wild Fauna and Flora (CITES) Food and Agriculture Organization (FAO) World Trade Organization (WHO) Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) Japan International Cooperation Agency (JICA) Ministry of Agriculture, Forestry and Fisheries of Japan (MAFF) International Plant Protection Convention (IPPC)