Bagi akses pengguna kurang upaya, pilih atau tandakan mana-mana teks dan klik pada butang "CAKAP" untuk mendengar ucapan tersebut .
Bahagian Hortikultur
Topik : Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM)
BIL
SOALAN LAZIM
JAWAPAN
1
Bagaimanakah hendak menyertai TKPM?
Pemohon boleh memohon iklan yang dibuat oleh pihak Jabatan Pertanian Negeri yang terbabit atau berjumpa dengan Pengarah Pertanian Negeri/Pegawai Pertanian Daerah bagi mendapat maklumat berkenaan perkara tersebut.Pengambilan peserta dibuat melalui proses temuduga.
2
Adakah projek TKPM hanya untuk usahawan bumiputera?
Projek TKPM terbuka kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan (mempunyai sijil atau pengalaman dalam bidang pertanian) dan berkemampuan (modal untuk memulakan projek).
3
Sekiranya peserta mengusahakan projek dalam jangkamasa yang lama,adakah tanah tersebut akan menjadi hak milik peserta?
Konsep pelaksanaan TKPM adalah dengan sewaan lot penanaman dengan kadar tertentu.Peserta projek silih berganti oleh itu tapak projek tidak akan diberi hak milik.
Topik : Pusat Pengeluaran Benih Sayuran dan Tanaman Ladang
Q.Dimanakah boleh kami mendapatkan benih sayuran? Dan apakah jenis benih sayuran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian?
A:Benih sayuran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian serta pusat pengeluaran sayuran