Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan hak pembiak baka bagi varieti baru tumbuhan, dan pengiktirafan serta perlindungan ke atas sumbangan yang dibuat oleh petani, masyarakat tempatan dan pribumi terhadap pewujudan varieti baru tumbuhan; untuk menggalakkan pelaburan dan pembangunan dalam pembiakbakaan varieti baru tumbuhan dalam sektor awam dan swasta; dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengannya. Akta ini mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 2007 dan mula dilaksanakan pada 28 Oktober 2008.