image
image
image
image
image
image
 

Kawalan Racun Perosak

Pendahuluan

Bahagian Kawalan Racun Perosak merupakan salah satu bahagian di dalam Jabatan Pertanian yang telah diwujudkan apabila Jabatan Pertanian disusun semula pada 1 Jun 1997. Selain daripada tugas-tugas teknikal bahagian ini bertindak sebagai urusetia kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak bagi perlaksanaan pengurusan dan kawalan racun makhluk perosak di Malaysia, seperti yang diperuntukkan bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974, bagi memastikan ia mematuhi polisi semasa Lembaga dan selari dengan kehendak-kehendak pengurusan bahan kimia secara lestari yang diamalkan di peringkat antarabangsa.

Objektif

Objektif Bahagian Kawalan Racun Makhluk Perosak adalah untuk mengawal aktiviti-aktiviti yang melibatkan racun makhluk perosak bagi memastikan racun makhluk perosak dikawal dan diurus dengan baik selari dengan kehendak pembangunan mampan, dengan mengambil kira aspek-aspek keselamatan kepada manusia dan kesejahteraan alam sekitar melalui pelaksanaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974.

Fungsi

Fungsi Bahagian Kawalan Racun Perosak:

 

  • Mengawal mutu, keberkesanan dan kesan negatif racun makhluk perosak yang diimport dan di kilang di negara ini melalui skim pendaftaran.
  • Mengawal pengimportan racun makhluk perosak yang tidak berdaftar bagi maksud-maksud pelajaran dan penyelidikan melalui permit import.
  • Mengawal penjualan dan penyimpanan untuk jualan racun makhluk perosak melalui pelesenan premis.
  • Mengawal penggunaan racun makhluk perosak amat berbisa.
  • Mengawal pelabelan dan pengiklanan racun makhluk perosak.
  • Mengawal pengendali kawalan makhluk perosak dengan melesenkan pengendali kawalan makhluk perosak, pemakai dan pembantu pemakai racun makhluk perosak.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal mengenai racun makhluk perosak.
  • Bertindak sebagai agensi penyelaras untuk hal-hal berkaitan racun makhluk perosak peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti pengesanan selepas pendaftaran (post-registration monitoring) seperti penguatkuasaan, pengesanan residu racun makhluk perosak dalam hasil tanaman dan alam sekitar dan sebagainya bagi menyokong program bahagian dan juga jabatan.

 
Perkhidmatan

Melalui proses-proses penilaian maklumat teknikal serta pertimbangan ke atas hasil-hasil penilaian berkenaan, bahagian ini boleh:

  • Mengeluarkan perakuan pendaftaran melalui cerakinan racun makhluk perosak , penilaian label racun makhluk perosak, penilaian ciri-ciri kimia keluaran, kemujaraban, toksikologi dan ekotoksikologi, kesan kepada alam sekitar, residu dan lain-lain.
  • Mengeluarkan permit bagi maksud-maksud pelajaran, penyelidikan, sebagai contoh pendaftaran atau piawaian pendaftaran.
  • Mengeluarkan e-permit untuk mengimport racun makhluk perosak yang berdaftar.
  • Mengeluarkan kelulusan untuk mengiklan racun makhluk perosak.
  • Mengeluarkan lesen untuk menjual atau menyimpan untuk dijual racun makhluk perosak.
  • Mengeluarkan Lesen Pengendali Kawalan Makhluk Perosak, Lesen Pemakai dan Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak.
  • Mengeluarkan surat kebenaran pembelian racun makhluk perosak monocrotophos, methamidophos, acephate dan paraquat.
  • Mengeluarkan kelulusan pemyemburan udara (aerial spraying) racun makhluk perosak.
  • Mengadakan Kursus Asas Penjualan dan Penyimpanan Racun Makhluk Perosak kepada pemegang lesen menjual atau menyimpan untuk dijual racun makhluk perosak.
  • Mengadakan peperiksaan untuk Pemakai dan Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak.
  • Menjalankan analisis residu racun makhluk perosak bagi menyokong aktiviti-aktiviti Jabatan Pertanian.
     

Muka Surat: 1  2  3  4