image
image
image
image
image
image
 

Skim Perakuan Pensijilan Rawatan Haba Malaysia (MAHTAS)

Senarai "Heat Treatment Providers" di Malaysia (ISPM 15) 


GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PENYEDIA PERKHIDMATAN RAWATAN HABA

Langkah pertama untuk pendaftaran syarikat rawatan haba Wood Packaging Material (WPM) adalah seperti berikut:

a. Keperluan Perundangan

  • Dokumen Pendaftaran Syarikat yang sah
  • Diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (contohnya Majlis Perbandaran atau Daerah)
  • Surat kebenaran oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat
  • Lain-lain dokumen seperti pengesahan oleh NIOSH
  • Diluluskan oleh pihak-pihak yang berkaitan

b. Keperluan teknikal

Bahan pembungkus kayu, (WPM) hendaklah dirawat dengan kaedah rawatan haba dengan suhu teras dalam kayu tersebut mencapai 56° C selama 30 minit.

  1. Bilangan probes/thermocouples:
    • Minima 4 probes/thermocouples untuk kontena 20 kaki. (Isipadu 33.3 kaki persegi)
    • Minima 6 probes/thermocouples untuk kontena berukuran 20 – 40 x 30'x14'(isipadu 33.3-72 kaki persegi)
    • Minima 12 probes/thermocouples untuk kontena yang melebihi 40' x 13' x 14' (isipadu melebihi 73.3 kaki persegi)
  2. Semua probes/thermocouples mestilah berupaya mengukur suhu 0°C hingga 100°C semasa ujian kalibrasi ringkas yang menggunakan ais dan air mendidih.
  3. Semua probes/thermocouples hendaklah dimasukkan dengan ketat dan betul kedalam kayu dengan kedalaman 5 cm. Satu probes diperlukan untuk mengukur suhu ambient dalam chamber.
  4. Jika terdapat pelbagai variasi kayu pada WPM tersebut, probes hendaklah dimasukkan ke dalam kayu yang paling tebal dan besar.
  5. Setelah mengambil kira ralat kalibrasi, carta dan graf pengukuran suhu hendaklah menunjukkan suhu minimum teras kayu iaitu 56°C yang kekal selama 60 minit. Carta/graf ini hendaklah ditunjukkan semasa proses audit kepada pihak juruaudit.
  6. Syarikat Rawatan Haba hendaklah membuktikan bahawa kesemua probes digunakan diselenggara dengan baik dan betul serta dikalibrasi oleh syarikat bertauliah yang diluluskan oleh pihak SIRIM semasa audit permulaan dan pembaharuan.
  7. Nama operator hendaklah direkodkan di dalam graf tersebut.
  8. Rawatan haba bagi WPM tidak boleh dijalankan serentak dengan bahan kayu lain seperti balak atau kayu bergergaji di dalam chamber rawatan yang sama.
  9. WPM yang telah dirawat mestilah ditanda dengan tanda marking di bawah peraturan ISPM 15. Marking hendaklah jelas, kekal dan mudah dilihat. Warna merah atau oren tidak digalakkan untuk marking.
  10. Pemilik syarikat rawatan haba hendaklah menyimpan rekod WPM yang telah dirawat dan transaksi jualan WPM tersebut dalam bentuk format yang diberikan oleh Jabatan Pertanian.
  11. Syarikat rawatan haba diwajibkan mempunyai ruang stor yang tertutup, terdedah dan kalis perosak untuk menyimpan WPM supaya tidak berlaku infestasi serangga/perosak. Stor mestilah dalam jarak 5 meter daripada kayu yang tidak dirawat.
  12. Tempoh maksimum penyimpanan WPM yang dirawat dalam stor bergantung kepada keperluan Negara pengimport. Oleh yang demikian, adalah baik sekiranya pengeksport merujuk kepada pelanggan di Negara pengimport tentang perkara ini.
  13. Operator, pemilik dan penyelia syarikat rawatan haba hendaklah hadir semasa audit dijalankan.
  14. Syarikat diwajibkan supaya memastikan pelanggan mematuhi dengan ketat peraturan ISPM 15 dan Jabatan Pertanian mengenai penyimpanan dan penggunaan WPM yang mempamerkan marking IPPC.
  15. Operator dan penyelia rawatan haba hendaklah mempunyai pengalaman dalam operasi kiln drying dan menghadiri kursus/latihan oleh pihak Malaysia Timber Industry Board (MTIB) atau Jabatan Perhutanan atau FRIM.
  16. Syarikat hendaklah mempamerkan dengan jelas kedudukan chamber rawatan haba yang digunakan di premis dan lokasi stor di dalam pelan peta lokasi bangunan atau premis.

Muka Surat: 1  2  3