image
image
image
image
image
image
 

Skim Perakuan Pensijilan Fitosanitasi Malaysia (Skim MPCA)

PENGENALAN

Pengeksportan komoditi pertanian ke luar negara terutama bahan-bahan tanaman memerlukan pengesahan Sijil Fitosanitasi (SF) dari negara pengeksport iaitu bebas daripada perosak/penyakit dan tanah, untuk tujuan ini maka Sijil Fitosanitasi adalah satu keperluan untuk pengeksportan.

Skim Perakuan Pensijilan Fitosanitasi Malaysia (Skim MPCA) diwujudkan oleh Jabatan Pertanian untuk membolehkan Pemilik Ladang/Tapak Semaian, Pusat Pembungkusan dan Kilang pemproses hasil pertanian yang telah diperakui dalam Skim MPCA ini boleh mendapatkan/memohon SF tanpa perlu pemeriksaan kuarantin & penyeliaan rawatan oleh pegawai pemeriksa kuarantin di premis pengeksport atau di pejabat pengeluar SF.

Premis yang menghasilkan komoditi untuk eksport yang diperakui dalam Skim MPCA adalah merupakan premis yang ada kawalan perosak/penyakit yang sistematik dan dalam keadaan terkawal status perosak/penyakit dimana pemilik sendiri akan menjalankan pemeriksaan dan mendokumenkan aktiviti perakuan fitosanitasi, yang lazimnya dijalankan sendiri oleh Pegawai Pemeriksa Kuarantin.

 

OBJEKTIF

  1. Untuk memudahkan dan mempercepatkan perdagangan hasil tani berhubung dengan keperluan Fitosanitasi;
  2. Untuk mengalakkan penglibatan industri dan pihak berkepentingan dalam pengawalseliaan dan pematuhan langkah Fitosanitasi;
  3. Untuk memastikan pengiktirafan terhadap sistem Fitosanitasi yang boleh dipercayai.

 

STRATEGI

  1. Pematuhan Terhadap Keperluan Fitosanitasi Negara Pengimport;
  2. Mencapai Kriteria Skim MPCA;
  3. Dokumentasi dan Pemantauan;
  4. Perjanjian Dua Hala.

Muka Surat: 1  2