image
image
image
image
image
image
 

Skim Pengesahan Benih Padi

Skim Pengesahan Benih Padi


Tujuan utama skim ini adalah untuk memperakukan ketulenan genetik dan identiti varieti benih padi yang dikeluarkan. Skim ini disediakan untuk pengeluaran benih padi sah oleh pengeluar yang dilantik sahaja. Lot-lot benih yang diperakui menepati piawaian akan diberi label perakuan kualiti berwarna biru bagi benih padi sah dan ungu muda bagi benih padi daftar.

Klasifikasi Kategori Benih Dalam Proses Pengeluaran Benih Padi Sah

  • Biji Benih Asas : Biji benih asas adalah progeni daripada penanaman benih baka yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan. Benih asas dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
  • Biji Benih Daftar : Biji benih daftar adalah progeni daripada penanaman biji benih asas yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur tertentu bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan di bawah Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM – 2009).
  • Biji Benih Sah : Biji benih sah adalah progeni daripada penanaman biji benih daftar yang dikawal pengeluarannya mengikut prosedur Skim Pengesahan Benih Padi dan Standard Jabatan Pertanian Malaysia (SJPM – 2009) bagi memastikan tahap ketulenan genetik dan diperakui menepati piawaian yang ditetapkan.

 

Muka Surat: 1  2  3