image
image
image
image
image
image
 

Skim Pengesahan Bahan Tanaman

"SERTAILAH SKIM PENGESAHAN BAHAN TANAMAN UNTUK MENJADI PENGELUAR BAHAN TANAMAN TULEN DAN BERKUALITI"
 
PENGENALAN

Bahan tanaman adalah input asas yang penting bagi pengeluaran hasil tanaman di Malaysia. Penggunaan bahan tanaman diperaku, menjamin ketulenan baka dan kualitinya. Pengeluaran bahan tanaman tulen dan berkualiti hanya dapat dilakukan melalui pematuhan prosedur pengeluaran bahan tanaman dan pencapaian standard yang ditetapkan. Bagi merealisasikan objektif tersebut, Jabatan Pertanian telah mewujudkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT).

Di bawah SPBT, Pegawai Pemeriksa kompeten akan memperakukan anak benih klon buah-buahan yang memenuhi standard ditetapkan. Keyakinan pembeli akan meningkat terhadap nurseri tanaman yang mengeluarkan anak benih klon yang diperaku. SPBT terbuka kepada pengusaha nurseri tanaman seluruh Malaysia. Penyertaan adalah secara sukarela dan tidak dikenakan sebarang bayaran.
 
    img
FAEDAH

Pengusaha nurseri tanaman yang menyertai SPBT akan menerima faedah berikut :
  • Berpeluang menjadi pembekal bahan tanaman untuk projek pertanian dibawah Jabatan/Agensi Kerajaan.
  • Bahan tanaman yang diperakukan oleh Jabatan Pertanian dapat meningkatkan keyakinan pembeli terhadap ketulenan varieti tanaman.
  • Jabatan Pertanian membantu mempromosikan nurseri tanaman yang  menyertai SPBT melalui pameran dan Laman Web Jabatan Pertanian.
  • Menerima khidmat nasihat dan bimbingan daripada pegawai Jabatan Pertanian.

Muka Surat: 1  2  3  4