image
image
image
image
image
image
 

Skim Amalan Ladang Baik Malaysia(MyGAP)

SKIM PENSIJILAN

MALAYSIAN GOOD AGRICULTURAL PRACTICE (myGAP)

BAGI SEKTOR TANAMAN


 

1. PENGENALAN
 
  1.1

Amalan Pertanian Baik (APB)

    Satu sistem pengurusan sumber di dalam pengeluaran pertanian secara baik dan lestari. Sistem ini dapat meningkatkan produktiviti ladang serta menghasilkan makanan yang selamat dan berkualiti dengan mengambilkira kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja serta memelihara alam sekitar.
 
  1.2

Malaysian Good Agricultural Practice (myGAP)

    Satu skim pensijilan yang dirangka oleh Jabatan Pertanian pada tahun 2002 untuk memberi pengiktirafan kepada ladang-ladang yang mengamalkan APB berkonsepkan mesra alam sekitar, menjaga kebajikan dan keselamatan pekerja bagi menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dan sesuai dimakan. myGAP merupakan penjenamaan semula bagi menggantikan Skim Amalan Ladang Baik Malaysia (SALM). Skim ini dibangun berpandukan Malaysian Standard MS 1784:2005 Crop Commodities – Good Agricultural Practice (GAP).
 
2. OBJEKTIF
 
  2.1 Sebagai satu alat bantuan dalam Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) Jabatan Pertanian.
  2.2 Menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang supaya menghasilkan keluaran segar yang lebih berkualiti dan selamat untuk dimakan.
 
3. KELEBIHAN
 
  3.1 Menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti dan selamat dimakan.
  3.2 Produktiviti pengeluaran meningkat.
  3.3 Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang terjamin.
  3.4 Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.
  3.5 Memelihara alam sekitar.
  3.6 Penggunaan racun makhluk perosak yang kurang.
 
4. KRITERIA PERMOHONAN
 
  4.1

Kategori pemohon adalah seperti berikut :

    i) Persendirian
    ii) Syarikat Swasta
    iii)

Agensi/Badan Berkanun

  4.2

Pemohon hendaklah memastikan :

    i) Tanah yang diusahakan sah di sisi undang-undang
    ii) Ladang telah mula bertanam dan mengeluarkan hasil
    iii) Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan domestik atau eksport
 

Muka Surat: 1  2  3