image
image
image
image
image
image
 

Siasatan Tanah

KHIDMAT PENYIASATAN TANAH


1. Pengenalan

Jabatan Pertanian merupakan agensi utama yang memberi perkhidmatan siasatan tanah dan merupakan ‘custodian' bagi maklumat tanah negara. Khidmat Penyiasatan Tanah yang diberi adalah:

2. Perkhidmatan yang disediakan

2.1 Sijil Pengesahan Tanah untuk Tanaman  

Sijil pengesahan tanah dikeluarkan untuk projek pertanian seperti pembangunan tanah baru, tukar syarat gunatanah atau tanaman dan sebagai satu dokumen sokongan pinjaman bank.

2.2 Penyiasatan Tanah

Tiga jenis siasatan tanah yang disediakan oleh Jabatan Pertanian adalah:

  1.       Penyiasatan Tanah Tinjauan
  2.       Penyiasatan Tanah Separa Lengkap
  3.       Penyiasatan Tanah Lengkap
     

2.3 Laporan Kesesuaian Tanah-Tanaman

Jabatan Pertanian juga menyediakan laporan kesesuaian tanah-tanaman berdasarkan maklumat tanah yang tersedia.


3. Caj Perkhidmatan Penyiasatan Tanah


Caj pemprosesan bagi setiap permohonan        RM120.00
Caj perkhidmatan sehektar:

Pengesahan kawasan hutan / belukar RM 1.50
Pengesahan kawasan telah dibuka RM 1.00
Siasatan tanah separa lengkap kawasan hutan/belukar RM 8.00
Siasatan tanah separa lengkap kawasan telah dibuka RM 6.00
Siasatan tanah lengkap kawasan hutan / belukar RM 40.00
Siasatan tanah lengkap kawasan telah dibuka RM 30 00

 

Pegawai penghubung

Untuk maklumat lanjut anda boleh menghubungi pegawai kami seperti berikut:

En. As'ari b. Hasan

No. telefon  : 03-88703418
No. Fax        : 03-88884326
email           :
asari@doa.gov.my
Alamat         : Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah
                        Jabatan Pertanian
                        Aras 9, Lot 4G2, Wisma Tani
                        Precint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                        Putrajaya