image
image
image
image
image
image
 

Siasatan GunaTanah

KHIDMAT SIASATAN GUNATANAH

 
1. Pengenalan

Jabatan Pertanian mengumpul dan mengemaskini maklumat penggunaan tanah untuk sektor pertanian dan bukan pertanian dari masa ke semasa. Ini akan membantu perancang-perancang pembangunan tanah menggunakan data-data ini untuk mengkaji corak pertukaran dan penggunaan tanah di negara ini bagi tujuan perancangan projek-projek pembangunan dengan  lebih berkesan.

2. Perkhidmatan

Semenjak tahun 1966, Jabatan Pertanian telah menjalankan penyiasatan gunatanah secara sistematik menggunakan fotoudara dan mula menggunakan imej satelit pada tahun 1988.  Ini bertujuan untuk mengesan dan mengemaskini perubahan kawasan-kawasan  gunatanah untuk semua negeri di Semenanjung Malaysia. Pengemaskinian pertukaran gunatanah hanya melibatkan kawasan melebihi 20 hektar. Kini, aktiviti ini dijalankan secara dua tahunan yang berpandukan kepada interpretasi imej satelit. Imej LANDSAT TM dan SPOT  dijadikan data asas dan disunting mengikut format lembar Peta Topografi JUPEM Siri 7030.

Selepas imej diinterpretasi, kerja-kerja verifikasi di lapangan dijalankan dan seterusnya maklumat peta gunatanah semasa dikemaskinikan. Ini akan menghasilkan peta gunatanah yang baru. Pemprosesan dan analisa peta gunatanah ini selanjutnya akan membolehkan  data dan statistik keluasan untuk kategori-kategori utama gunatanah diperolehi. Maklumat ini disalurkan kepada Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk penyediaan dan pengeluaran peta-peta yang memenuhi kehendak pelanggan.

Selain dari penyiasatan gunatanah secara sistematik, penyiasatan gunatanah secara lengkap juga dilakukan bagi projek-projek khas contohnya untuk tanaman kelapa, padi, limau  dan lain-lain projek atas permintaan pelbagai pihak di dalam jabatan. Penyiasatan dibuat bertujuan  untuk mengetahui status tanaman ataupun pemetaan kawasan tanaman tertentu. Kebiasaannya, aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

 

3. Pegawai penghubung

Sebarang masalah atau anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi pegawai kami seperti berikut:

En. Ismail b. Hashim

No. Telefon   : 03-88703523
No. Fax          : 03-88884326
email             : ismailh@doa.gov.my
Alamat           : Bahagian Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah
                          Jabatan Pertanian
                          Aras 9, Lot 4G2, Wisma Tani
                          Precint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
                          Putrajaya.


4. Penutup

Khidmat siasatan gunatanah yang disediakan oleh Jabatan Pertanian amat penting bagi tujuan perancangan projek-projek pembangunan seperti penilaian alam sekitar, penilaian banjir, mitigasi banjir dan kajian hakisan.