image
image
image
image
image
image
 

PROGRAM PERTANIAN BANDAR

1.   PENGENALAN

Program Pertanian Bandar merupakan program yang membantu isi rumah bandar meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan melalui bimbingan Jabatan Pertanian.  Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir bandar dengan kerjasama dan penglibatan pelbagai Jabatan dan Agensi yang berkaitan di peringkat Negeri dan Persekutuan.

Pengintegrasian pertanian dalam perancangan dan pembangunan perbandaran adalah penting untuk pembangunan mampan dari segi pelbagai aspek kehidupan dan keperluan kehidupan Bandar termasuk bekalan bahan makanan, penghijauan persekitaran, pengurusan air dan bahan buangan bandar, pendidikan serta riadah.


2.   LATAR BELAKANG PROGRAM PERTANIAN BANDAR

Aktiviti pertanian di kalangan penduduk bandar bagi mengeluarkan bahan makanan sendiri merupakan satu pendekatan yang praktikal dan dapat mengurangkan perbelanjaan harian berikutan kenaikan kos sara hidup di bandar.

Berdasarkan kepada situasi tersebut, program pertanian Bandar dilaksanakan bertujuan menggalakkan penduduk Bandar menanam sendiri sayur-sayuran / tanaman makanan di sekitar kediaman mereka supaya beban kenaikan kos sara hidup dapat dikurangkan.


3.   OBJEKTIF PROGRAM PERTANIAN BANDAR

  • Menggalakkan penduduk setempat untuk menanam dan mengeluarkan sendiri bahan makanan bagi menampung keperluan harian serta mengurangkan kos sara hidup.

  • Menambahkan pendapatan sampingan komuniti bandar melalui lebihan pengeluaran hasil pertanian.

  • Menyokong usaha Kerajaan dalam menjamin kualiti dan sekuriti makanan Negara.

  • Memupuk kesedaran dan minat terhadap kepentingan pertanian sebagai penyumbang terus kepada kesejahteraan serta keceriaan persekitaran komuniti bandar.


  •  

Muka Surat: 1  2  3  4  5  6  7  8