image
image
image
image
image
 

AKRAB

PELAKSANAAN PROGRAM AKRAB JABATAN PERTANIAN
 

"PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN KAUNSELING (PPKK) TAHAP II" 

Program AKRAB

PENGENALAN


APA ITU AKRAB

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB) ialah organisasi yang ditubuhkan bagi melahirkan rakan pembimbing sekerja bertujuan untuk membantu melahirkan suasana budaya kerja yang positif di jabatan atau agensi kerajaan di seluruh Malaysia. AKRAB ialah gabungan daripada 5 perkataan utama iaitu : A untuk Amanah , K untuk Komitmen , R untuk Rasional , A untuk Akhlak dan B untuk Bestari.

TUJUAN/RASIONAL PENUBUHAN AKRAB

AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari merupakan ciri – ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing. Tanpa ciri – ciri tersebut , peranan seseorang dalam menjalankan fungsi rakan pembimbing di dapati kurang berkesan. Dalam sesebuah organisasi, terdapat berbagai kelompok dan peringkat pekerja yang mempunyai budaya organisasi yang tersendiri dan saling bergantung antara satu sama lain. Budaya pekerja dan kualiti kerja sama ada positif atau negatif mudah menular di kalangan rakan sekerja. Lantaran itu, rakan sekerja menjadi faktor terpenting dalam mempengaruhi kualiti peribadi seseorang pegawai dan seterusnya budaya organisasi sesebuah jabatan atau organisasi. Ini adalah kerana :

 i. Staf berasa lebih selesa berbincang dengan rakan berbanding pegawai atasan mereka.
ii. Staf lebih mudah berbincang tentang kebimbangan peribadi dan menerima pertolongan daripada kalangan mereka;dan
iii. Staf boleh dilatih untuk memberi pertolongan yang positif dan lebih berkesan kepada rakan mereka.

 

OBJEKTIF AKRAB
i. Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan
Pengalaman dan pengetahuan kaunseling yang dimiliki staf boleh memberi manfaat kepada organisasi.

ii. Memberi sokongan kepada perubahan
Staf memerlukan pandangan daripada orang lain dalam menghadapi sebarang perubahan. Oleh itu AKRAB berperanan untuk membantu menghadapi perubahan  tersebut.

iii. Memperkuatkan semangat dalam mengekalkan perubahan
AKRAB berperanan untuk mengekalkan perubahan positif dikalangan rakan sekerja demi kecemerlangan diri dan organisasi.

iv. Berkongsi permasalahan
Ahli AKRAB adalah sebagai saluran untuk staf menyalurkan perasaan dan emosi  yang dipendam

v. Membentuk budaya kerja berpasukan
Budaya kerja berpasukan ahli AKRAB akan menjadi role model bagi rakan sekerja yang lain.

vi. Meneguhkan perubahan yang dibuat
Ahli AKRAB akan memastikan perubahan positif akan terus berkekalan.

MOTO AKRAB
Berkhidmat Membimbing

VISI AKRAB
" Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia"

MISI AKRAB
i. Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi.

ii. Membantu staf yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan.

iii. Bertindak sebagai perantara antara pegawai dengan Pegawai Psikologi dalam membuat saringan kesesuaian masalah.

iv. Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti AKRAB.
Justeru itu, warga Jabatan Pertanian yang mempunyai permasalahan dalam pelbagai perkara, boleh menghubungi  Rakan AKRAB Jabatan Pertanian seperti senarai dibawah :

Muka Surat: 1  2