image
image
image
image
image
image
 

Perkhidmatan Diagnostik Perosak Tanaman

Perkhidmatan Diagnostik Tanaman dan Tumbuhan

Bahagian Biosekuriti Tumbuhan (BBT) menyediakan perkhidmatan diagnostik perosak dan penyakit tanaman kepada petani, usahawan tani, agensi kerajaan, organisasi swasta dan individu.

Perkhidmatan diagnostik yang dijalankan adalah termasuk pengenalpastian perosak atau melakukan ujian makmal untuk mengenal pasti organisma penyebab dan seterusnya memberikan nasihat teknikal mengenai kawalan makhluk perosak atau penyakit.

Pelanggan boleh membawa sampel tumbuh-tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang terjejas, sampel perosak(serangga, vertebrata, moluska dan rumpai) dan sampel-sampel penyakit ke makmal-makmal BBT di ibupejabat Kuala Lumpur atau Unit Biosekuriti Tumbuhan Negeri untuk pengenalpastian.

Di ibu pejabat BBT, terdapat makmal diagnostik khusus, koleksi rujukan spesimen perosak dan rujukan maklumat perosak dan penyakit tanaman yang boleh digunakan untuk mengenal pasti sampel penyakit dan perosak sampel. Unit - unit Biosekuriti Tumbuhan di negeri-negeri juga boleh dihubungi untuk bantuan bagi menangani masalah perosak dan penyakit.


Bagaimana untuk mengemukakan sampel untuk diagnosis penyakit?

  1. Pastikan sampel tumbuh-tumbuhan yang dikumpulkan adalah yang menunjukkan pelbagai peringkat kerosakan. JANGAN MENGEMUKAKAN/HANTAR TUMBUHAN YANG SUDAH MATI - sampel akan membusuk atau rosak sebelum pegawai teknikal/makmal membuat diagnostik. Pastikan spesimen menunjukkan symptom atau kesan kepada masalah perosak/penyakit yang dihadapi. Hantar sampel bahan tumbuhan yang cukup untuk menunjukkan semua peringkat penyakit - iaitu dari bahagian yang sihat kepada bahagian yang paling tidak sihat. Untuk ujian virus, pastikan untuk menghantar daun yang hijau dan daun yang menunjukkan symptom penyakit. Hantarkan juga sampel bahagian tumbuhan yang menunjukkan symptom dari keseluruhan tumbuhan, akar dan yang berkaitan. Akar hendaklah digali dan bukannya ditarik atau dicabut.

  2. Semasa menyerahkan sampel, maklumkan mengenai sejarah tanaman/penanaman dan corak symptom yang berlaku di lapangan. Sesetengah penyakit cenderung untuk merebak dalam corak atau ciri yang tertentu di kawasan penanaman.

  3. Sertakan juga maklumat-maklumat lain: maklumat tanah, tumbuh-tumbuhan dikawasan berhampiran, dan kronologi masalah yang dihadapi. Sila kemukakan gambar sekiranya ada. Pejabat dan Makmal Bahagian Biosekuriti Tumbuhan mempunyai 'Borang Permintaan Maklumat Perosak' untuk dibawa atau disertakan dengan sampel. Anda boleh mencetak borang ini dari laman web klinik - lihat pautan di bawah.

  4. Balut spesimen dalam tuala kertas atau surat khabar bersih untuk mengelakkan kelembapan. Bungkus secara longgar dalam beg plastik untuk mengurangkan berlakunya kekeringan. Pastikan spesimen berada dalam keadaan sejuk dan hantar pada hari yang sama.

  5. Untuk surat-menyurat, gunakan bekas yang kukuh seperti kotak beralun (corrugated boxes) atau bekas tiub untuk mengelakkan spesimen rosak dalam perjalanan. Isikan ruang kosong di dalam kotak dengan kertas yang dipotong kecil untuk melindungi spesimen.

  6. Borang yang perlu diisi - Borang Diagnostik