image
image
image
image
image
image
 

Perkhidmatan Analisa Makmal

PERKHIDMATAN ANALISA MAKMAL

 

1.    Pengenalan

Perkhidmatan ini disediakan untuk menganalisis kandungan unsur nutrien dalam sampel tanah, daun, air dan baja. Tujuan utama perkhidmatan ini adalah untuk menyokong pelaksanaan program-program pembangunan Jabatan Pertanian.  Perkhidmatan ini juga diberikan kepada lain-lain agensi kerajaan atas permintaan.     Pihak swasta dan individu boleh memohon untuk mendapatkan perkhidmatan ini     dengan caj yang berpatutan dikenakan.

Pada masa sekarang, Makmal Analisa Jabatan Pertanian terdapat di ini memberikan perkhidmatan analisis sampel tanah, daun, air dan baja. Tiga buah makmal Wilayah yang masing-masing terletak di Komplek Pertanian Telok Chengai, Kedah, Kompleks Pertanian Ayer Hitam, Johor dan Kompleks Pertanian Lundang, Kelantan menjalankan analisis sampel tanah, daun dan air .  

Khidmat yang disediakan termasuk:

a)    Analisis sifat fizikal dan sifat kimia tanah bertujuan untuk menyatakan ciri tanah, kesuburan tanah dan pemuliharaan tanah.
 
b)    Analisis sampel daun untuk menentukan tahap nutrien dalam tanaman, status kesuburan tanah dan keperluan pembajaan.

c)    Analisis sampel baja untuk menilai kualiti baja yang dibekalkan kepada petani dan pengguna lain.

d)    Analisis sampel air untuk menentukan kualiti air bagi pengairan dan parameter hakisan pemuliharaan tanah.

Muka Surat: 1  2  3  4  5  6  7  8  9  10