image
image
image
image
image
image
 

SKIM PENSIJILAN ORGANIK MALAYSIA (myOrganic) - SEKTOR TANAMAN


 

 

1. PENGENALAN
 
  1.1

Skim Organik Malaysia (SOM)

    Skim pensijilan yang dibangunkan oleh Jabatan Pertanian bagi memberi pengiktirafan kepada ladang yang mengamalkan perladangan organik berpandukan Malaysian Standard MS 1529:2001 The Production, Processing, Labeling & Marketing of Plant Based Organically Produced Food.
 
  1.2

Malaysian Organic (myOrganic)

    Penjenamaan semula Skim Organik Malaysia (SOM) dalam memberi pengiktirafan kepada ladang yang diusahakan secara organik berpandukan Malaysian Standard MS 1529:2015 Plant-based organically produced foods-requirements for production, processing, handling, labelling and marketing (First Revision).
 
2. OBJEKTIF
 
  2.1 Sebagai alat atau teras kepada Sistem Pengembangan Tekno Pertanian (SPTP) Jabatan Pertanian.
  2.2 Menjadi amalan pengusaha di dalam menjalankan aktiviti di ladang supaya menghasilkan keluaran organik yang lebih berkualiti dan selamat untuk dimakan.
 
3. KELEBIHAN
 
  3.1 Menghasilkan produk-produk pertanian yang dijamin berkualiti dan selamat dimakan (bebas daripada racun makhluk perosak dan logam berat).
  3.2 Memelihara alam sekitar.
  3.3 Keselamatan serta kebajikan pekerja ladang terjamin.
  3.4 Meningkatkan produktiviti pengeluaran.
  3.5

Hasil pertanian mudah dikenali dan dapat bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.

4. KRITERIA PERMOHONAN
 
  4.1

Kategori pemohon adalah seperti berikut :

    i) Persendirian
    ii) Syarikat Swasta
    iii)

Agensi/Badan Berkanun

  4.2

Pemohon hendaklah memastikan :

    i) Tanah yang diusahakan sah di sisi undang-undang
    ii) Ladang telah bertanam dan mula mengeluarkan hasil.
    iii) Hasil yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk jualan.
 

Muka Surat: 1  2  3