image
image
image
image
image
image
 

Pendaftaran/Pendaftaran Semula Racun Makhluk Perosak

PERMOHONAN UNTUK PENDAFTARAN/ PENDAFTARAN SEMULA RACUN MAKHLUK PEROSAK



Suatu permohonan untuk pendaftaran atau pendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak hendaklah dibuat kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak dalam Borang A (muat turun borang permohonan ).

Permohonan yang berasingan hendaklah dibuat bagi racun makhluk perosak yang berlainan.

Pertubuhan perbadanan yang mengemukakan sesuatu permohonan kepada Lembaga untuk pendaftaran atau pendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak hendaklah sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125].

Bayaran permohonan

Bayaran bagi permohonan untuk pendaftaran atau pendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak ialah seribu lima ratus ringgit dan dibayar semasa permohonan dibuat. Bayaran permohonan yang dibayar tidak boleh dikembalikan.

Muka Surat: 1  2  3