image
image
image
image
image
image
 

PENDAFTARAN VARIETI TANAMAN KEBANGSAAN

1. PENDAHULUAN
 
  Pendaftaran Varieti Tumbuhan bagi Pendaftaran Varieti Tanaman Kebangsaan adalah bertujuan untuk mendaftar kepelbagaian varieti yang komersil di Malaysia. Varieti-varieti ini tidak dilindungi sebagai varieti baru kerana ia adalah varieti-varieti yang diketahui umum (common knowledge).
 
  Pendaftaran ini telah dilaksanakan oleh bahagian Komoditi, Jabatan Pertanian sejak tahun 1930an dan kini dipanggil Bahagian Hortikultur selepas penstrukturan semula Jabatan Pertanian pada tahun 2003. Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Perancang dan Dasar Kementerian Pertanian Bil. 5/94 (JPPKPBil5/94) yang bersidang pada 13 Julai 1994, mesyuarat telah memutuskan bahawa Jabatan Pertanian diiktiraf oleh Kementerian Pertanian sebagai agensi pelaksana aktiviti pendaftaran dan pengesyoran kultivar/varieti. Walau bagaimanapun, aktiviti ini tertangguh seketika berikutan penstrukturan semula jabatan dan penyediaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004.
 
  Berikutan desakan dari petani bagi mendaftarkan varieti mereka, Jabatan Pertanian mengambil keputusan agar aktiviti Pendaftaran Varieti Tumbuhan Bagi Pendaftaran Varieti Tanaman Kebangsaan dilaksanakan. Oleh yang demikian, pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengarahkan supaya Jawatankuasa Pendaftaran dan Pengesyoran Kultivar Tanaman Jabatan Pertanian (JPKTJP) diaktifkan semula bagi membolehkan Jabatan Pertanian dapat memainkan peranan dalam perkara-perkara berkaitan dengan pendaftaran dan pengesyoran kultivar/varieti tanaman.
 
  Sehubungan dengan itu, aktiviti ini dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman, Seksyen Pendaftaran Perlindungan Varieti Tumbuhan (PVP), Seksyen 4(1)(g), Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 menyatakan bahawa penyimpanan rekod, selain daripada varieti baru yang diberi perlindungan, juga perlu dijalankan.

 
2. OBJEKTIF PENDAFTARAN VARIETI TANAMAN KEBANGSAAN
 
  Objektif Pendaftaran Varieti Tanaman Kebangsaan adalah seperti berikut:
 
  a) merekod inventori sumber genetik yang terdapat di dalam negara;
  b) memberi pengiktirafan kepada pemilik varieti;
  c) sebagai rujukan rasmi negara dan pengenalpastian varieti; dan
  d) sebagai sumber asas varieti.

 

Muka Surat: 1  2  3  4  5  6