image
image
image
image
image
image
 

Pendaftaran Di Bawah Akta

Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan
 
Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (PVP) atau juga dikenali sebagai Hak Pembiak baka Tumbuhan adalah merupakan satu bentuk Hak Harta Intelek (IPRs). Ia adalah hak eksklusif, dianugerahkan kepada pembiak baka yang membangunkan varieti baru untuk mengeksploitasi jenis dan ciri-ciri unik tumbuhan,  sama dengan paten bagi ciptaan perindustrian. Kedua-dua bentuk geran perlindungan kepada pemegang merupakan satu bentuk hak eksklusif untuk meneruskan aktiviti yang kreatif dan inovatif.
 
PVP juga boleh dibandingkan dengan hak cipta, kerana PVP membolehkan pengeluaran semula varieti baru tumbuhan yang menjadi kekangan pemilik varieti baru tersebut. PVP adalah sui generis (unik dalam sifatnya) di mana bentuk perlindungan disesuaikan untuk tujuan perlindungan varieti baru tumbuhan. Ia mempunyai ciri-ciri tertentu yang sama dengan IPR lain tetapi pada masa yang sama, mempunyai perbezaan kepada perkara-perkara asas.
 
Sejak awal abad ke-19, dalam bidang pertanian dan perhutanan, pengenalan varieti baru merupakan komponen penting untuk menjaga dan mengekalkan produktiviti tumbuhan yang baik dan tinggi serta berkualiti. Varieti baru sentiasa dibiakkan untuk memperolehi hasil yang lebih tinggi, ciri-ciri agronomi yang baik seperti rasa, rintangan terhadap perosak atau penyakit, toleransi kepada kemasinan atau keadaan kemarau dan lain-lain.
 
Kerajaan Malaysia menyedari kepentingan PVP untuk pembangunan negara. Malaysia, yang merupakan ahli Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan telah menandatangani Perjanjian TRIPS, di bawah Perkara 27.3 (b) yang menyatakan bahawa negara anggota hendaklah mengadakan peruntukan bagi perlindungan varieti tumbuhan melalui paten atau sistem sui generis yang berkesan atau oleh mana-mana kombinasi peraturan tersebut. Oleh itu, Malaysia mampu memenuhi obligasinya bagi Perkara 27.3 (b) dalam Perjanjian TRIPS dengan pengenalan undang-undang PVP ini. Oleh yang demikian, pelaksanaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan (PVBT) 2004 diamanahkan kepada DOA.
 
Dengan undang-undang PVP, penanam berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk mempunyai akses kepada varieti baru dan lebih baik untuk penanaman secara komersial. Penanam bunga iklim sederhana di Malaysia, sebagai contoh, menghadapi masalah untuk mendapatkan varieti baru dari Belanda dan negara-negara lain. Hak lanjutan kepada bahan tuaian merumitkan lagi isu ini.

 
Objektif Akta ini adalah:
 
  1. Untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan hak pembiak varieti baru tumbuhan, dan pengiktirafan serta perlindungan ke atas sumbangan yang dibuat oleh petani, masyarakat tempatan dan pribumi terhadap pewujudan varieti baru tumbuhan;
  2. Untuk menggalakkan pelaburan dan pembangunan dalam pembiak bakaan varieti baru tumbuhan dalam sektor awam dan swasta; serta
  3. Untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.
 

Muka Surat: 1  2  3  4  5