image
image
image
image
image
image
image
 

Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan (PBU)

KURSUS KEUSAHAWANAN KEMAHIRAN PEMPROSESAN MAKANAN PUSAT BIMBINGAN USAHAWAN JABATAN PERTANIAN


Borang Permohonan Kursus di Pusat Bimbingan Usahawan

 

PENGENALAN

 

Kursus Keusahawanan Kemahiran Pemprosesan Makanan telah dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian bermula pada tahun 2002 untuk melahirkan usahawan muda yang menceburkan diri secara serius dalam perniagaan asas tani seperti makanan sejuk beku, bakeri, produk-produk berasaskan kelapa, poduk-produk berasaskan buah-buahan dan makanan ringan.
 

PELAKSANAAN

Kursus akan dijalankan secara hands-on untuk memastikan peserta benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, peserta akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan. Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian. .

Peserta juga akan menjalani program dampingan di premis usahawan yang telah maju di bawah bimbingan Jabatan Pertanian.


PENGAMBILAN PESERTA

Pengambilan peserta dibuat setahun sekali.

TEMPOH KURSUS

Jangkamasa kursus ialah selama enam (6) bulan secara sepenuh masa.

KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Makan minum dan tempat tinggal disediakan sepanjang tempoh kursus.

 

Muka Surat: 1  2  3  4  5