image
image
image
image
image
image
 

Institut Pertanian Kuala Lipis

INSTITUT PERTANIAN KUALA LIPIS

Institut Pertanian Kuala Lipis (IPKL) telah mula beroperasi sejak tahun 1971. Institut ini mempunyai keluasan seluas 208 hektar.

Di antara kemudahan yang disediakan di Institut ini  termasuklah Perpustakaan, Bilik Komputer, kemudahan riadah seperti gimnasium, padang bola sepak dan gelanggang bola tampar.

IPKL merupakan satu-satunya Institut Pertanian yang tidak mengendalikan Kursus Sijil Pertanian, sebaliknya menguruskan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di bawah pemantauan pihak NATC. Di samping itu, IPKL turut menjalankan Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) yang mengambil masa selama 8 bulan bagi setiap sesi.