Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Iklan Pemangkuan

TAWARAN PENGISIAN KEKOSONGAN BAGI KUMPULAN PELAKSANA PELBAGAI SKIM PERKHIDMATAN DAN GRED MELALUI KAEDAH PEMANGKUAN DI JABATAN PERTANIAN MALAYSIA
 
image

 
1. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan mengadakan urusan pemangkuan pelbagai skim perkhidmatan dan gred bagi mengisi kekosongan berdasarkan kepada kriteria pemilihan seperti berikut :
 
    a) Dinaikkan pangkat seperti di Lampiran A;
 
    b) Tidak hilang kekananan yang boleh menyebabkan tarikh kenaikan pangkat berubah ke tarikh selepas tarikh di Perenggan 1(a);
 
    c) Mencapai markah wajaran LNPT bagi tiga (3) tahun terkini (2021, 2022 dan 2023) tidak kurang 80%;
 
    d) Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
 
    e) Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang berkuat kuasa;
 
    f) Bebas daripada tindakan dan hukuman tatatertib;
 
    g) Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan (sertakan salinan penyata terkini pinjaman pendidikan bagi pegawai yang masih belum melunaskan pinjaman); dan
 
    h) Diperakukan oleh Ketua Jabatan.

 
2. Pemohon yang layak dan berminat untuk mengisi kekosongan seperti di Lampiran B hendaklah menggunakan Borang Permohonan Urusan Pemangkuan. Manakala bagi calon yang layak tetapi tidak bersedia untuk mengisi kekosongan sedia ada perlu mengisi Google Form Borang Menolak Urusan Persediaan Pengisian Kekosongan.

 
3. Namun demikian, adalah ditekankan bahawa pegawai perkhidmatan awam Persekutuan adalah tertakhluk kepada pusingan kerja selaras dengan Perenggan 5 (i) dan (ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004 mengenai Panduan Pertukaran Pegawai Awam iaitu, “Ketua Jabatan boleh menggunakan dasar pertukaran dengan menukarkan pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya :
 
  a)   3 tahun tetapi tidak melebihi 5 tahun di suatu jawatan yang diklasifikasikan sebagai jawatan sensitif; dan
 
  b)   3 tahun tetapi tidak melebihi 8 tahun di suatu jawatan yang diklasifikasikan sebagai jawatan bukan sensitif".
 
  serta Dasar Pertukaran dan Penempatan Jabatan Pertanian Malaysia yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

 
4. Dimaklumkan bahawa hanya calon-calon yang melepasi tapisan kriteria pemilihan akan dipertimbangkan untuk urusan pemangkuan ini. Elaun pemangkuan di sepanjang tempoh pemangkuan tersebut bagi skim perkhidmatan dan gred berkaitan adalah seperti di Lampiran C.

 
5. Sehubungan itu, pegawai hendaklah mengemukakan Borang Permohonan Urusan Pemangkuan atau Borang Menolak Urusan Persediaan Pengisian Kekosongan Jawatan yang lengkap ke Unit Prestasi, Seksyen Perkhidmatan, Bahagian Khidmat Pengurusan melalui emel kepada pauziah@doa.gov.my, nurazlina@doa.gov.my dan anis.sobirin@doa.gov.my sebelum atau pada 3 Mac 2024 (Ahad).

 
6. Bagi Penolong Pegawai Pertanian yang ditempatkan di jawatan kader yang memenuhi kriteria pemilihan di Perenggan 1 di atas, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) perlu menyemak dan mengesahkan semua maklumat yang dikemukakan adalah tepat berdasarkan Buku Rekod Perkhidmatan pegawai yang terkini (buku rekod perkhidmatan tidak perlu disertakan).

 
7. Sebarang pertanyaan berhubung urusan pemangkuan ini boleh diajukan terus kepada pegawai-pegawai berikut :
 
Bil. Nama Pegawai No. Telefon Emel
1.  Puan Pauziah binti Md. Ali 03-8870 3383 pauziah@doa.gov.my
2.  Puan Siti Nur Azlina binti Ghazali 03-8870 3382 nurazlina@doa.gov.my
3.  Puan Anis Sobirin binti Ibrahim 03-8870 3379 anis.sobirin@doa.gov.my

  •  

AKTIVITI & SUMBER

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini1373
Minggu IniMinggu Ini6801
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3950088
Jumlah Pelawat : 3950088 Tarikh Kemaskini : 25 - 04 - 2024