Bahasa : Melayu | English | Lain-lain
Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
    T
    T
    T
    T
    T
    T
padi_field.jpg
nature-corn-agriculture-crops--1575934-1920x1080.jpg
jambu_merah.jpeg
padi.JPG
vegetable.jpg
agro_based_industries.png
 
Portal Rasmi
JABATAN PERTANIAN
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MALAYSIA

AKRAB

PELAKSANAAN PROGRAM AKRAB JABATAN PERTANIAN

 

Apa Itu AKRAB?

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia (AKRAB) ialah organisasi yang ditubuhkan bagi melahirkan rakan pembimbing sekerja bertujuan untuk membantu melahirkan suasana budaya kerja yang positif di jabatan atau agensi kerajaan di seluruh Malaysia.

AKRAB bermaksud :

     A : Amanah
     K : Komitmen
     R : Rasional
     A : Akhlak
     B : Bestari
 
Pelaksanaan Program AKRAB

Tujuan / Rasional Penubuhan AKRAB

AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing. Tanpa ciri-ciri tersebut, peranan seseorang dalam menjalankan fungsi rakan pembimbing didapati kurang berkesan. Dalam sesebuah organisasi, terdapat berbagai kelompok dan peringkat pekerja yang mempunyai budaya organisasi yang tersendiri dan saling bergantung antara satu sama lain. Budaya pekerja dan kualiti kerja sama ada positif atau negatif mudah menular di kalangan rakan sekerja. Lantaran itu, rakan sekerja menjadi faktor terpenting dalam mempengaruhi kualiti peribadi seseorang pegawai dan seterusnya budaya organisasi sesebuah jabatan atau organisasi. Ini adalah kerana :
 
  • Staf berasa lebih selesa berbincang dengan rakan berbanding pegawai atasan mereka.
     
  • Staf lebih mudah berbincang tentang kebimbangan peribadi dan menerima pertolongan daripada kalangan mereka; dan
     
  • Staf boleh dilatih untuk memberi pertolongan yang positif dan lebih berkesan kepada rakan mereka.

Objektif AKRAB

  1. Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan
    Pengalaman dan pengetahuan kaunseling yang dimiliki staf boleh memberi manfaat kepada organisasi.
     
  2. Memberi sokongan kepada perubahan
    Staf memerlukan pandangan daripada orang lain dalam menghadapi sebarang perubahan. Oleh itu AKRAB berperanan untuk membantu menghadapi perubahan tersebut.
     
  3. Memperkuatkan semangat dalam mengekalkan perubahan
    AKRAB berperanan untuk mengekalkan perubahan positif di kalangan rakan sekerja demi kecemerlangan diri dan organisasi.
     
  4. Berkongsi permasalahan
    Ahli AKRAB adalah sebagai saluran untuk staf menyalurkan perasaan dan emosi yang dipendam.
     
  5. Membentuk budaya kerja berpasukan
    Budaya kerja berpasukan ahli AKRAB akan menjadi role model bagi rakan sekerja yang lain.
     
  6. Meneguhkan perubahan yang dibuat
    Ahli AKRAB akan memastikan perubahan positif akan terus berkekalan.

Moto AKRAB

  • Berkhidmat Membimbing

Visi AKRAB

  • Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam pengurusan sumber manusia.

Misi AKRAB

  1. Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi.
     
  2. Membantu staf yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan.
     
  3. Bertindak sebagai perantara antara pegawai dengan Pegawai Psikologi dalam membuat saringan kesesuaian masalah.
     
  4. Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti AKRAB.
     
Justeru itu, warga Jabatan Pertanian yang mempunyai permasalahan dalam pelbagai perkara, boleh menghubungi Rakan AKRAB Jabatan Pertanian.

Prosedur Operasi Standard (SOP) AKRAB

Buletin AKRAB

Borang Kaunseling

Rakan AKRAB



  •  
  • Print
  • Email this page

  •   Mygov msc iim MyGovMobile  
  •   moa Bless MyAgro SPRM  
  qrcode   phone  
Terma Syarat  Dasar Privasi Dasar Keselamatan |   Penafian Peta Laman
 
Hakcipta Terpelihara 2016 © JABATAN PERTANIAN
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 8.0, Mozilla Firefox 3.0, Chrome 9.0 & ke atas dengan menggunakan resolusi 1024 x 768
 
JUMLAH PELAWAT : 1330755 KEMASKINI TERAKHIR : 19-04-2019 JUMLAH PELAWAT : 1330755 KEMASKINI TERAKHIR : 19-04-2019
 
HUBUNGI KAMI:

JABATAN PERTANIAN
Aras 7-17, Wisma Tani, No. 30 Persiaran Perdana, Persint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62624 Putrajaya Malaysia
Emel: pro[at]doa[dot]gov[dot]my