Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Soalan Lazim-Bahagian Pengembangan Pertanian

SOALAN LAZIM - BAHAGIAN PENGEMBANGAN PERTANIAN

 

Apakah itu Program Agropreneur Muda?

Program Agropreneur Muda adalah satu program yang diwujudkan di dalam perlaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) khusus untuk golongan belia yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun. Ianya bertujuan untuk menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang pertanian termasuk tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani dan pemasaran.

Apakah insentif yang ditawarkan kepada usahawan dalam Program Agropreneur Muda?

Terdapat dua (2) insentif utama yang ditawarkan di bawah program ini iaitu Geran Agropreneur Muda (GAM) yang memberikan bantuan dalam bentuk barangan (in kind contribution (IKC)) mengikut skop bidang yang ditetapkan dan kemudahan pembiayaan di bawah Agrobank dan TEKUN dengan kadar faedah 2%. Selain daripada itu, khidmat nasihat teknikal dan latihan pertanian jangka pendek merupakan antara insentif yang ditawarkan di bawah program ini yang dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi di bawah Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM).

Apakah syarat-syarat kelayakan pemohon di bawah Program Agropreneur Muda?

Syarat-syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda adalah seperti berikut :
i)   Warganegara Malaysia;
ii)   Golongan belia berumur di antara 18 hingga 40 tahun;
iii)   Boleh membaca, mengira dan menulis;
iv)   Individu yang baru memulakan projek, WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan/Agensi di bawah KPKM atau yang diiktiraf oleh KPKM;
v)   Individu yang memiliki Sijil/Diploma/Ijazah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau institut latihan di bawah KPKM berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada menyertai program latihan teknikal; dan
vi)   Keutamaan kepada individu yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada.

Bagaimanakah cara memohon bagi Program Agropreneur Muda?

Individu yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah KPKM atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFFI (Negeri Sabah) atau M-FICORD (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :
i)   Borang UAM 01/14 (Pin.02/18) berserta salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport;
ii)   Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap;
iii)   Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 (Pin.02/18) perlu disertakan anggaran Sebut Harga;
iv)   Menyertakan salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan dibawah KPKM; atau
v)   Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan).

Apakah itu Insentif Pengecualian Cukai di bawah Sub Sektor Pertanian?

Insentif pengecualian cukai ini adalah untuk syarikat subsidari / syarikat yang melaksanakan Projek Pengeluaran Bahan Makanan Yang Diluluskan (Projek Baru dan Projek Sedia Ada (Pelaburan Semula).
a)  Projek Baru :
i)   Syarikat subsidari / syarikat yang menjalankan projek diberi pengecualian cukai sebanyak 100% selama 10 tahun berturut-turut bermula daripada tahun pertama syarikat memperolehi pendapatan berkanun mengikut syarat-syarat yang ditetapkan; dan
ii)   Kerugian sebelum dan dalam tempoh pengecualian cukai dibenarkan dibawa ke hadapan selepas tempoh pengecualian 10 tahun.
 
b)  Projek Sedia Ada (Pelaburan Semula) :
i)   Syarikat subsidari / syarikat yang menjalankan projek diberi pengecualian cukai sebanyak 100% selama 5 tahun sahaja; dan
ii)   Kerugian sebelum dan dalam tempoh pengecualian cukai dibenarkan dibawa ke hadapan selepas tempoh pengecualian 5 tahun.

Apakah projek-projek yang boleh diluluskan untuk pengecualian cukai ini?

Projek yang boleh diluluskan adalah projek pengeluaran bahan makanan sahaja. Projek yang dimaksudkan adalah :
i)   Tanaman (Buahan, Sayuran, Herba, Rempah Ratus)
ii)   Akuakultur (termasuk hatcheri dan rumpai laut)
iii)   Ternakan (Lembu, Kambing, Biri-Biri, Kerbau, Rusa)
iv)   Perikanan Laut Dalam
v)   Apikultur (Lebah Madu dan Kelulut)
vi)   Tanaman Makanan Ternakan

Siapakah yang layak memohon pengecualian cukai ini?

Syarikat yang layak memohon adalah seperti berikut :
i)   Syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965
ii)   Pertubuhan Koperasi yang berasaskan pertanian
iii)   Pertubuhan Peladang Kawasan
iv)   Pertubuhan Peladang Negeri
v)   Persatuan Nelayan Kawasan
vi)   Persatuan Nelayan Persekutuan
vii)   Persatuan Nelayan Negeri
viii)   *Pemilikan Tunggal
ix)   *Perkongsian
x)   *Pertubuhan / Persatuan
  dan bermastautin di Malaysia
  *Bagi syarikat (viii), (ix) dan (x) aktiviti yang dijalankan hendaklah semata-mata terlibat dalam bidang pertanian

Apakah insentif yang disediakan bagi Projek Industri Asas Tani?

Kementerian ada menyediakan insentif dan bantuan kepada yang layak bagi membantu usahawan industri asas tani mengembangkan lagi projek yang diusahakan dan ianya dipanggil Geran Pemadanan. Geran Pemadanan ini terbahagi kepada dua (2) iaitu Change Upgrade Product (CUP) (70% geran, 30% usahawan) bagi usahawan Tahap 1-3 dan High Impact Product (HIP) (50% geran, 50% usahawan) bagi usahawan Tahap 4-5. Geran Pemadanan ini akan membantu usahawan dalam bentuk barangan / peralatan dan Kerajaan akan menanggung sebahagian dari kos barangan / peralatan tersebut.

Apakah yang ditawarkan dalam Program Geran Pemadanan ini?

Geran Pemadanan yang ditawarkan bagi Projek Industri Asas Tani adalah seperti berikut :
a)  Change Upgrade Product (CUP) :
i)   Kajian nutrisi dan jangka hayat produk
ii)   Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan produk
iii)   Peningkatan kapasiti pengeluaran
iv)   Penambahbaikan premis sedia ada
v)   Perolehan papan tanda perniagaan
 
b)  High Impact Product (HIP) :
i)   Kajian nutrisi dan jangka hayat produk
ii)   Reka bentuk pembungkusan dan pelabelan produk
iii)   Peningkatan kapasiti pengeluaran
iv)   Penambahbaikan premis sedia ada

Apakah syarat syarat kelayakan memohon Program Geran Pemadanan ini?

Peserta akan didedahkan dengan pelbagai aspek penting yang perlu ada dalam perniagaan seperti Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), Pemasaran, Perakaunan, Keusahawanan dll. Peserta juga diberikan latihan secara hands-on berkaitan aktiviti pemprosesan produk mengikut bidang yang ditawarkan. Peserta juga dilatih untuk menjadi seoarang usahawan yang berjaya.

Bagaimanakah cara memohon Program Geran Pemadanan ini?

Cara-cara bagi memohon Geran Pemadanan Projek Industri Asas Tani adalah seperti berikut :
i)   Dapatkan borang permohonan daripada Jabatan Pertanian Negeri
ii)   Usahawan perlu mengembalikan kepada Jabatan/Agensi borang permohonan lengkap berserta dokumen sokongan seperti berikut :
  - Senarai Semak Permohonan Geran Pemadanan;
  - Empat (4) salinan Borang Permohonan Geran Pemadanan (Borang GPMOA 1);
  - Empat (4) salinan Pelan Perniagaan; dan
  - Dokumen sokongan berkaitan (daftar perniagaan, penyata kewangan, penyata untung rugi, penyata bank, surat kelulusan pinjaman/mikro kredit (sekiranya perlu), salinan laporan CTOS/CCRIS, salinan dokumen hak milik tanah, surat perjanjian sewa, sebut harga pembekal, katalog dan spesifikasi mesin/peralatan, pelan susun atur/layout plan dan butiran kerja/bill of quantity penambahbaikan premis), jika berkenaan.

 
PEGAWAI PENGHUBUNG :
 
Nama : Encik Mohd Azuan Bin Mohd Yusof
No. Telefon : 03-8870 3532
Emel : azuanyusof[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Bahagian Pengembangan Pertanian
  Aras 8, No. 30, Persiaran Perdana,
  Presint 4, 62624 Putrajaya.

  •  
  • Print
  • Email this page

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini843
Minggu IniMinggu Ini6499
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3921554
Jumlah Pelawat : 3921554 Tarikh Kemaskini : 28 - 03 - 2024