Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Soalan Lazim - Bahagian Kejuruteraan Pertanian

SOALAN LAZIM - BAHAGIAN KEJURUTERAAN PERTANIAN

 

Apakah jenis sistem pengairan yang sesuai untuk tanaman sayur-sayuran, apakah komponennya dan berapakah anggaran kosnya?

Sistem pengairan yang sesuai digunakan untuk tanaman sayur-sayuran bergantung kepada jenis sayuran yang ditanam. Bagi sayuran berdaun, sistem pengairan yang sesuai digunakan adalah sistem pengairan jenis makro (sprinkler), di mana air diberikan secara renjis ke kawasan tanaman. Komponennya terdiri daripada 1 unit pam air, sistem perpaipan dan alat perenjis (sprinkler head). Manakala bagi sayuran berbuah, sistem pengairan yang sesuai digunakan ialah jenis sistem titis, di mana air disalurkan terus ke akar pokok. Komponennya terdiri daripada 1 unit pam air, sistem paip dan alat penitis (emitter / dripper).
 
Anggaran kos bagi pemasangan sistem pengairan renjis beserta dengan upah pekerja bergantung kepada lokasi pemasangan ini dilakukan. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari Bahagian Kejuruteraan Pertanian (BKP), Jabatan Pertanian secara terus atau menghubungi kami di talian seperti berikut:
i)   BKP Serdang, Selangor (Tel : 03-8948 6302);
ii)   PKP Telok Chengai, Kedah (Tel : 04-771 5715)
iii)   PKP Titi Gantong, Perak (Tel : 05-376 1384)
iv)   PKP Tanjong Karang, Selangor (Tel : 03-3269 5501)
v)   PKP Pedas, Negeri Sembilan (Tel : 06-765 9900)
vi)   PKP Sg Udang, Melaka (Tel : 06-353 1355)
vii)   PKP Ayer Hitam, Johor (Tel : 07-758 1084)
viii)   PKP Kuantan, Pahang (Tel : 09-573 3133)
ix)   PKP Bukit Payong, Terengganu (Tel : 09-619 1084)
x)   PKP Lundang, Kelantan (Tel : 09-744 4791)
 
**BKP - Bahagian Kejuruteraan Pertanian
**PKP - Pusat Kejuruteraan Pertanian

Apakah jenis sistem pengairan yang sesuai untuk tanaman buah-buahan, apakah komponennya dan berapakah anggaran kosnya?

Sistem pengairan yang digunakan bergantung kepada jenis tanaman buah-buahan. Jenis sistem pengairan yang digunakan ialah :
i)   Jenis sistem titis, di mana air disalurkan terus ke akar pokok. Komponennya terdiri daripada 1 unit pam air, sistem paip dan alat penitis (emitter / dripper).
ii)   Jenis sistem pengairan makro (sprinkler), di mana air diberikan secara renjis ke zon tanaman. Komponennya terdiri daripada 1 unit pam air, sistem perpaipan dan alat perenjis (sprinkler head).
 
Anggaran kos bagi pemasangan sistem pengairan renjis beserta dengan upah pekerja bergantung kepada lokasi pemasangan ini dilakukan. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari Bahagian Kejuruteraan Pertanian (BKP), Jabatan Pertanian secara terus atau menghubungi kami di talian seperti berikut:
i)   BKP Serdang, Selangor (Tel : 03-8948 6302);
ii)   PKP Telok Chengai, Kedah (Tel : 04-771 5715)
iii)   PKP Titi Gantong, Perak (Tel : 05-376 1384)
iv)   PKP Tanjong Karang, Selangor (Tel : 03-3269 5501)
v)   PKP Pedas, Negeri Sembilan (Tel : 06-765 9900)
vi)   PKP Sg Udang, Melaka (Tel : 06-353 1355)
vii)   PKP Ayer Hitam, Johor (Tel : 07-758 1084)
viii)   PKP Kuantan, Pahang (Tel : 09-573 3133)
ix)   PKP Bukit Payong, Terengganu (Tel : 09-619 1084)
x)   PKP Lundang, Kelantan (Tel : 09-744 4791)
 
**BKP - Bahagian Kejuruteraan Pertanian
**PKP - Pusat Kejuruteraan Pertanian

Di manakah saya boleh mendapatkan perkhidmatan membajak tanah untuk pertanian?

Jabatan Pertanian Persekutuan tidak menyediakan khidmat membajak tanah kepada petani. Tuan/Puan boleh mendapatkan perkhidmatan tersebut dari Pertubuhan Peladang Kawasan dan pihak swasta yang menawarkan khidmat tersebut di kawasan setempat.
 
Walau bagaimanapun, ada Jabatan Pertanian Negeri yang menyediakan perkhidmatan membajak secara sewaan / khidmat demonstrasi kepada petani di negeri tersebut. Pihak tuan/puan perlu menghubungi Pegawai Pertanian Daerah berhampiran untuk mendapatkan maklumat ini.

Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat mengenai jentera / mesin / peralatan pertanian?

Pihak tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Kejuruteraan Pertanian (BKP), Jabatan Pertanian yang berhampiran dengan kawasan tuan/puan seperti berikut :
i)   BKP Serdang, Selangor (Tel : 03-8948 6302);
ii)   PKP Telok Chengai, Kedah (Tel : 04-771 5715)
iii)   PKP Titi Gantong, Perak (Tel : 05-376 1384)
iv)   PKP Tanjong Karang, Selangor (Tel : 03-3269 5501)
v)   PKP Pedas, Negeri Sembilan (Tel : 06-765 9900)
vi)   PKP Sg Udang, Melaka (Tel : 06-353 1355)
vii)   PKP Ayer Hitam, Johor (Tel : 07-758 1084)
viii)   PKP Kuantan, Pahang (Tel : 09-573 3133)
ix)   PKP Bukit Payong, Terengganu (Tel : 09-619 1084)
x)   PKP Lundang, Kelantan (Tel : 09-744 4791)
 
**BKP - Bahagian Kejuruteraan Pertanian
**PKP - Pusat Kejuruteraan Pertanian

Di manakah saya boleh mendapatkan khidmat nasihat teknikal tentang pembinaan struktur pelindung hujan dan sistem fertigasi?

Jabatan Pertanian ada menyediakan khidmat nasihat teknikal dalam bidang kejuruteraan pertanian. Pihak tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Kejuruteraan Pertanian (BKP), Jabatan Pertanian yang berhampiran dengan kawasan tuan/puan seperti berikut :
i)   BKP Serdang, Selangor (Tel : 03-8948 6302);
ii)   PKP Telok Chengai, Kedah (Tel : 04-771 5715)
iii)   PKP Titi Gantong, Perak (Tel : 05-376 1384)
iv)   PKP Tanjong Karang, Selangor (Tel : 03-3269 5501)
v)   PKP Pedas, Negeri Sembilan (Tel : 06-765 9900)
vi)   PKP Sg Udang, Melaka (Tel : 06-353 1355)
vii)   PKP Ayer Hitam, Johor (Tel : 07-758 1084)
viii)   PKP Kuantan, Pahang (Tel : 09-573 3133)
ix)   PKP Bukit Payong, Terengganu (Tel : 09-619 1084)
x)   PKP Lundang, Kelantan (Tel : 09-744 4791)
 
**BKP - Bahagian Kejuruteraan Pertanian
**PKP - Pusat Kejuruteraan Pertanian

Apakah jenis struktur dan infastruktur ladang yang perlu disediakan sebelum memulakan sesuatu projek pertanian secara komersil?

Terdapat beberapa jenis struktur dan infrastruktur ladang yang perlu disediakan sebelum memulakan sesuatu projek pertanian secara komersial iaitu :
a)  Struktur
i)   Jalan Ladang
ii)   Saliran Ladang
iii)   Pembentung
iv)   Pagar Perimeter
v)   Sistem Pengairan
vi)   Kolam Pengairan
 
b)  Infrastruktur
i)   Struktur Pelindung Hujan
ii)   Struktur Teduhan
iii)   Rumah Semaian
iv)   Stor
v)   Rumah Pam
vi)   Pusat Pengumpulan Hasil Ladang
vii)   Rumah Operasi
viii)   Pusat Pengumpulan Bekas Racun
ix)   Tangki Simpanan Air
 
Maklumat lanjut boleh diperolehi dari Bahagian Kejuruteraan Pertanian (BKP), Jabatan Pertanian secara terus atau menghubungi kami di talian seperti berikut:
i)   BKP Serdang, Selangor (Tel : 03-8948 6302);
ii)   PKP Telok Chengai, Kedah (Tel : 04-771 5715)
iii)   PKP Titi Gantong, Perak (Tel : 05-376 1384)
iv)   PKP Tanjong Karang, Selangor (Tel : 03-3269 5501)
v)   PKP Pedas, Negeri Sembilan (Tel : 06-765 9900)
vi)   PKP Sg Udang, Melaka (Tel : 06-353 1355)
vii)   PKP Ayer Hitam, Johor (Tel : 07-758 1084)
viii)   PKP Kuantan, Pahang (Tel : 09-573 3133)
ix)   PKP Bukit Payong, Terengganu (Tel : 09-619 1084)
x)   PKP Lundang, Kelantan (Tel : 09-744 4791)
 
**BKP - Bahagian Kejuruteraan Pertanian
**PKP - Pusat Kejuruteraan Pertanian

 
PEGAWAI PENGHUBUNG :
 
Nama : Puan Wan Noor Fatihah Hamimah binti Wan Sembak
No. Telefon : 03-8949 3500 ; samb : 181
Emel : wanfatihah[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Bahagian Kejuruteraan Pertanian
  Kompleks Pertanian Serdang,
  Pejabat Pos UPM, Beg Berkunci 201,
  43409 Serdang, Selangor.

  •  
  • Print
  • Email this page

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini59
Minggu IniMinggu Ini5487
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3948862
Jumlah Pelawat : 3948862 Tarikh Kemaskini : 25 - 04 - 2024