Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Soalan Lazim - Bahagian Pengurusan Sumber Tanah

SOALAN LAZIM - BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER TANAH

 

Apakah jenis khidmat siasatan tanah yang disediakan oleh Jabatan Pertanian?

Jenis khidmat siasatan tanah yang disediakan adalah :
i)   Siasatan lengkap;
ii)   Siasatan separa lengkap; dan
iii)   Siasatan ad hoc.

Kenapakah siasatan tanah diperlukan?

Khidmat siasatan tanah diperlukan untuk penentuan kesesuaian tanah-tanaman bagi sesuatu projek pertanian.

Berapakah bayaran atau caj yang dikenakan untuk khidmat siasatan tanah?

Bayaran akan dikenakan mengikut jenis siasatan yang diminta atau diperlukan iaitu :
i)   Caj bagi setiap hektar ialah RM1.50 bagi kawasan hutan semak atau RM1.00 bagi kawasan yang telah dibuka;
ii)   RM6.00 / RM8.00 untuk siasatan tanah separuh lengkap; dan
iii)   RM30.00 / RM40.00 untuk siasatan tanah lengkap.
 
Bayaran pemprosesan yang dikenakan bagi setiap permohonan adalah sebanyak RM120.00.

Berapa lamakah tempoh proses siasatan tanah dan laporan disediakan?

Dalam masa satu (1) hingga tiga (3) bulan.

Apakah kepentingan laporan siasatan tanah?

i)   Mengenalpasti jenis tanah; dan
ii)   Mengenalpasti tanaman yang sesuai diusahakan di sesuatu kawasan.

Apakah bahan terbitan yang boleh didapati dan sesuai untuk rujukan pengusaha atau orang ramai, di mana boleh diperolehi dan berapakah harganya?

Buku Panduan Mengenali Siri Tanah Utama Semenanjung Malaysia, boleh didapati di Bahagian Pengurusan Sumber Tanah, Putrajaya dengan harga RM15.00 senaskah.

Berapa kumpulan tanah yang terdapat di Malaysia?

Terdapat dua (2) kumpulan tanah utama iaitu :
i)   Tanah mineral - tanah yang terjadi dari batu batuan, lanar sungai dan lanar laut; dan
ii)   Tanah gambut - tanah yang terjadi dari pereputan kayu kayuan dan bahan organik.

Apakah khidmat-khidmat nasihat pemuliharaan tanah yang boleh diberi kepada petani, pengusaha pertanian dan kerajaan?

i)   Memberi pandangan/komen kepada laporan Environment Impact Assessment (EIA) berkaitan dengan pembukaan tanah untuk pertanian;
ii)   Khidmat nasihat pemuliharaan tanah dalam Pemeriksaan Tapak bagi permohonan myGAP dan myOrganic;
iii)   Panduan Pemuliharaan Tanah bagi pembukaan ladang di tanah bercerun;
iv)   Panduan Pemuliharaan Tanah mengikut kaedah agronomi untuk pertanian di tanah bercerun;
v)   Panduan Pemuliharaan Tanah melalui kaedah struktur untuk mengawal hakisan tanah bagi aktiviti pertanian di tanah bercerun;
vi)   Khidmat nasihat tentang risiko hakisan tanah, indeks hujan pertanian dan pelan pembangunan pertanian di tanah bercerun;
vii)   Menyediakan benih rumput 'vetiver’ dan kaedah menanam rumput 'vetiver’ untuk mengawal hakisan tanah; dan
viii)   Membantu Pejabat Tanah Daerah (terutama di Cameron Highlands) dalam memproses "Permit Tolak Tanah".

Siapakah yang boleh memberi khidmat nasihat pemuliharaan tanah?

i)   Pegawai Pertanian Seksyen Pemuliharaan Tanah, Putrajaya; dan;
ii)   Pegawai Pertanian Unit Pengurusan dan Pemuliharaan Sumber Tanah di Negeri-Negeri.

Apakah contoh-contoh amalan agronomi untuk mengawal hakisan tanah?

i)   Menanam mengikut kontur;
ii)   Menggunakan sungkupan;
iii)   Menanam tanaman penutup bumi dan rumput;
iv)   Tanaman padat; dan
v)   Tanaman penampan angin.

Apakah contoh-contoh struktur-struktur pemuliharaan tanah bagi mengawal hakisan tanah?

i)   Teres dusun dan bangku;
ii)   Perangkap kelodak;
iii)   Parit lereng dan ladang;
iv)   Empangan penampan; dan
v)   Benteng konkrit atau Gabion.

Apa itu Sistem GeoTanaman?

Sistem GeoTanaman atau Sistem Geoinformasi Tanaman Makanan Negara adalah sistem yang dibangunkan menggunakan konsep service oriented architecture yang boleh diakses melalui web dan mobile untuk mendapatkan maklumat, mengurus, menganalisis dan memaparkan maklumat geospatial tanaman makanan negara.

Apakah objektif pembangunan Sistem GeoTanaman?

i)   Menyokong data Balance of Trade (BOT) Tanaman Makanan dalam mengatasi lambakan sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan dan kemasukan sayur-sayuran dan buah-buahan import.
ii)   Membangunkan pangkalan data Geospatial Inventori Tanaman Makanan Negara.
iii)   Menyeragamkan data perangkaan tanaman Jabatan Pertanian.

Apakah manfaat yang saya boleh perolehi daripada Sistem GeoTanaman ini?

Manfaat yang boleh diperolehi mengikut Jenis Pengguna adalah seperti berikut :
a)  Usahawan Tani
i)   Pasaran terus kepada pengeksport dan hypermarket
ii)   Membantu dalam membuat perancangan penanaman
iii)   Membantu mengurangkan lambakan hasil
iv)   Membantu mendapatkan harga yang tinggi dan menetapkan harga ladang
v)   Membantu Jabatan Pertanian mengesan lokasi dan anggaran kerugian untuk memberikan bantuan teknikal atau bencana
vi)   Memperolehi amaran awal berkaitan serangan perosak dan penyakit serta informasi berkenaan berita semasa dari Jabatan Pertanian
vii)   Membantu dalam membuat permohonan pinjaman atau bantuan kerajaan
 
b)  Pemborong / Industri Asas Tani (IAT)
i)   Mengetahui taburan dan keluasan ladang, status tanaman, jangkaan hasil dan lokasi pusat pengumpulan bagi mendapatkan bekalan / hasil pertanian
ii)   Mendapatkan bekalan secara terus dari ladang melalui modul padanan pasaran dengan petani, pasaraya dan pemegang taruh lain yang berdaftar di dalam sistem Geotanaman
iii)   Memenuhi permintaan pasaran tempatan dan nasional
 
c)  Kedai Input Pertanian
i)   Mempromosikan lokasi kedai
ii)   Memperkenalkan produk terus kepada pengguna
iii)   Mengetahui senarai kedai input pertanian yang lain
 
d)  Warga Jabatan Pertanian
i)   Mendapat akses kepada maklumat dengan cepat, mudah dan berpusat
ii)   Maklumat disumbang dan dikemaskini oleh usahawantani sendiri dan disahkan oleh APT
iii)   Mengetahui taburan lokasi ladang, pemborong dan pemasar
iv)   Menganalisis jangkaan pengeluaran hasil dan keperluan permintaan pasaran

Apa itu Sistem GeoTanih?

Sistem GeoTanih merupakan satu sistem yang diwujudkan bagi menguruskan data geospatial tanah berpusat dan sistematik yang boleh dicapai oleh pelanggan secara atas talian. Ia meliputi data kesesuaian tanah untuk tanaman, data fizikal dan kimia tanah, kompendium siri tanah, daftar tanah serta galeri. Data dalam sistem ini sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa bagi memenuhi piawaian penilaian dan pengelasan data tanah negara.

 
PEGAWAI PENGHUBUNG :
 
Nama : Encik Mohamad Farih bin Mohamad Din
No. Telefon : 03-8870 3517
Emel : farih[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Bahagian Pengurusan Sumber Tanah
  Aras 9, No. 30, Persiaran Perdana,
  Presint 4, 62624 Putrajaya.

  •  
  • Print
  • Email this page

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini1445
Minggu IniMinggu Ini6873
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3950159
Jumlah Pelawat : 3950159 Tarikh Kemaskini : 25 - 04 - 2024