Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Soalan Lazim - Bahagian Pembangunan Modal Insan

SOALAN LAZIM - BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

 

Apakah bidang pengajian yang ditawarkan dalam Program Sijil Pertanian?

Institut Pertanian telah menyediakan sukatan pelajaran yang khusus bagi mencapai matlamatnya. Terdapat tiga (3) kategori mata pelajaran yang diajar, iaitu kumpulan mata pelajaran asas, kemahiran dan pengkhususan. Pada tahun kedua, pelajar boleh memilih salah satu bidang pengkhususan yang mereka minati iaitu:
  • Landskap;
  • Pengurusan Estet;
  • Pengurusan Ternakan;
  • Mekanisasi Ladang;
  • Teknologi Memproses Hasil Pertanian; atau
  • Teknologi Pengeluaran Tanaman Makanan.

Apakah peluang atau prospek kerjaya bagi graduan Sijil Pertanian?

Graduan IPSM boleh memilih untuk bekerja, sama ada di sektor awam atau swasta atau menjadi usahawan pertanian. Golongan ini juga berpeluang untuk menyambung pelajaran di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Swasta. Bidang-bidang pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut:
  • Perusahaan Pertanian;
  • Nurseri Tanaman;
  • Landskap;
  • Pemprosesan;
  • Perladangan;
  • Perhotelan; dan
  • Rekreasi.

Di manakah saya boleh mendapatkan borang permohonan untuk Program Sijil Pertanian?

Iklan pengambilan bagi Program Sijil Pertanian akan dikeluarkan dua (2) minggu sebelum pengumuman tarikh keputusan SPM. Mereka yang berminat boleh memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Jabatan Pertanian.

Adakah Institut Pertanian mengadakan latihan khusus untuk meningkatkan kecekapan dan pengetahuan untuk pelajarnya?

Pengajaran dan pembelajaran bagi setiap kursus di bawah Program Sijil Pertanian memberi penekanan kepada latihan secara hands-on. Ini akan meningkatkan lagi kefahaman dan kemahiran pelajar berkaitan kursus yang dipelajari.

Saya berumur 30 tahun dan sudah berumah tangga, adakan saya boleh memohon untuk meneruskan pengajian di Institut Pertanian?

Syarat pengambilan adalah bagi warganegara Malaysia berumur 18 hingga 25 tahun dan belum berkahwin layak memohon kecuali Pegawai Kerajaan yang berumur kurang daripada 30 tahun.

Adakah Sijil Pertanian ini diperakukan dalam sistem pendidikan dan pekerjaan sekarang?

Sijil Pertanian yang dilaksanakan di semua Institut Pertanian telah mendapat pengiktirafan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pemegang Sijil Pertanian adalah layak untuk memohon pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan menjawat jawatan Penolong Pegawai Pertanian atau jawatan lain yang setaraf dengannya.

 
PEGAWAI PENGHUBUNG :
 
Nama : Puan Nurul Najwa binti Zaini
No. Telefon : 03-8870 3265
Emel : nurulnajwa[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Bahagian Pembangunan Modal Insan
  Aras 13, No. 30, Persiaran Perdana,
  Presint 4, 62624 Putrajaya.

  •  
  • Print
  • Email this page

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini149
Minggu IniMinggu Ini6738
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3921737
Jumlah Pelawat : 3921737 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 2024