Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Soalan Lazim - Bahagian Pertanian Bandar

SOALAN LAZIM - BAHAGIAN PERTANIAN BANDAR

 

Apakah tujuan Projek Pertanian Bandar (Komuniti) diwujudkan?

Pelaksanaan Projek Pertanian Bandar (Komuniti) bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup di bandar, pinggir pandar dan luar bandar selain mewujudkan peluang pekerjaan dan penjualan hasil pertanian (segar atau diproses) sebagai salah satu sumber pendapatan penduduk, mewujudkan interaksi sosial dan menggalakkan komunikasi di kalangan komuniti bandar serta membantu dalam menjamin keselamatan makanan.

Bagaimanakah hendak menyertai Projek Pertanian Bandar (Komuniti)?

Pemohon boleh mengisi Lampiran 1 - Borang Permohonan Projek Pertanian yang boleh dimuat turun dari Portal Rasmi Jabatan Pertanian atau hadir ke Pejabat Pertanian Daerah / Negeri yang berdekatan atau Bahagian Pertanian Bandar, Putrajaya.
 
Selepas permohonan diterima, Pegawai Jabatan Pertanian akan melawat kawasan projek untuk menentukan kategori projek, kesesuaian tapak dan kesesuaian teknologi.

Siapakah yang layak memohon projek ini?

a) Warganegara Malaysia.
b) Berminat dan bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada pelaksanaan projek.
c) Bagi projek kategori individu, dilaksanakan secara individu berkelompok (minimum 10 orang) di kawasan kediaman masing-masing.
d) Bagi kategori usahawan, peserta mestilah menjalankan aktiviti jualan/pemasaran hasil pertanian, peralatan pertanian dan input pertanian.
e) Bagi projek kategori komuniti, sekolah dan institusi, projek dilaksanakan secara berkumpulan dengan bilangan minima 10 orang peserta.
f) Tapak projek perlu mendapat kebenaran pemilik tanah atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
g) Mematuhi peraturan tempat kediaman yang berkuatkuasa.
h) Keutamaan kepada yang telah menjalankan aktiviti penanaman (pemohon perlu mengemukakan bukti gambar kebun semasa).

Apakah bentuk bantuan/insentif yang diberikan?

Insentif one-off berbentuk input pertanian, latihan dan khidmat nasihat teknikal.

Kawasan perumahan saya terdapat tanah yang tidak diusahakan, bolehkah saya menjalankan projek pertanian?

Boleh. Projek Pertanian Bandar boleh dijalankan di tanah tersebut secara komuniti (secara berkumpulan dan setempat) atau secara individu (di kawasan sekeliling rumah). Namun, kebenaran bertulis atau sokongan perlu diperolehi daripada pemilik tanah terlebih dahulu.

 
PEGAWAI PENGHUBUNG :
 
Nama : Puan Faten Zohrah binti Mohd Nor
No. Telefon : 03-8870 4227
Emel : faten[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Bahagian Pertanian Bandar
  Aras 12, No. 30, Persiaran Perdana,
  Presint 4, 62624 Putrajaya.

  •  
  • Print
  • Email this page

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini283
Minggu IniMinggu Ini6872
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3921860
Jumlah Pelawat : 3921860 Tarikh Kemaskini : 29 - 03 - 2024