Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
BM   EN
logo-jatajata-doa
Portal Rasmi

JABATAN PERTANIAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

w3c

faq-img

SOALAN LAZIM

maklumbalas

MAKLUM BALAS

maklumbalas

HUBUNGI KAMI

peta-laman

PETA LAMAN

 
 

Lesen Pemakai Racun Makhluk Perosak

LESEN PEMAKAI RACUN MAKHLUK PEROSAK

 
image

 
Pengenalan
 
Seseorang yang menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak, atau menyelia, sama ada dengan sendirinya, penjalanan pengendalian kawalan makhluk perosak oleh seorang Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak Berlesen, hendaklah mempunyai suatu Lesen Pemakai Racun Makhluk Perosak yang dikeluarkan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak.

Sesuatu permohonan untuk suatu Lesen Pemakai Racun Makhluk Perosak hendaklah dibuat secara bertulis kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak melalui Borang D dan disertakan dengan fi permohonan sebanyak RM150.00.

Syarat-syarat Lesen Pemakai Racun Makhluk Perosak :
 
  1. Lesen ini diberikan kepada pemegang lesen untuk menjalankan kawalan makhluk perosak rumah secara am, kawalan anai-anai dan organisma perosak kayu yang lain, kawalan rumpai awam secara am dan kawalan makhluk perosak yang menjejaskan kesihatan awam.
     
  2. Melainkan jika dibatalkan atau digantung terlebih dahulu, lesen ini adalah sah selama tempoh dua (2) tahun dari tarikh lesen dikeluarkan.
     
  3. Lesen ini tidak boleh dipindahkan miliknya.
     
  4. Lesen ini hendaklah dipakai oleh pemegang lesen apabila dia menjalankan pengendalian kawalan makhluk perosak.
     
  5. Jika lesen ini hilang, pemegang lesen hendaklah melaporkan perkara itu kepada Lembaga Racun Makhluk Perosak dan memohon untuk penggantiannya.
     
  6. Lembaga boleh menghendaki pemegang lesen yang memohon untuk pembaharuan lesen menghadiri kursus yang diaturkan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak dari semasa ke semasa bagi memastikan bahawa pemegang lesen itu terus memenuhi kehendak teknologi yang berubah dan mempunyai tahap kekompetenan dan kebolehan yang berterusan dalam penggunaan racun makhluk perosak secara selamat dan betul.
     
  7. Lembaga Racun Makhluk Perosak boleh, sebagai tambahan kepada syarat-syarat di atas, mengenakan apa-apa syarat yang lain yang difikirkannya perlu.

     
Peperiksaan Pemakai Racun Makhluk Perosak
 
Lembaga akan menjalankan peperiksaan sekurang-kurangnya sekali setahun bagi mereka yang berniat untuk melayakkan diri sebagai Pemakai Racun Makhluk Perosak. Kelulusan dalam peperiksaan ini adalah prasyarat bagi permohonan untuk Lesen Pemakai Racun Makhluk Perosak. Tujuan utama keperluan ini adalah mempastikan bahawa pengendalian kawalan racun makhluk perosak yang dijalankan bukan sahaja berkesan, tetapi lebih penting daripada itu, tidak memudaratkan penghuni-penghuni premis yang mana racun makhluk perosak dipakai dan juga kontaminan dalam alam sekitar.

Untuk memohon menduduki Peperiksaan Pemakai Racun Makhluk Perosak, pemohon hendaklah :
 
  • Mempunyai sekurang-kurangnya tamat mengikuti Tingkatan Lima atau yang setaraf dengannya; atau
     
  • Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman bekerja sebagai Pembantu Pemakai Racun Makhluk Perosak berlesen dalam sesuatu syarikat atau perniagaan yang mengendalikan kawalan makhluk perosak; dan
     
  • mengemukakan kepada Lembaga permohonan secara atas talian dan disertakan dengan fi peperiksaan sebanyak RM150.00.
     
Sila sertakan dokumen-dokumen berikut :
 
  • Salinan Sijil SPM / Sijil Behenti Sekolah Menengah / Sijil yang setaraf dengannya yang telah diperakui sah.
     
  • Dua (2) keping gambar passport terkini

     
Pegawai Penghubung
 
Nama : Cik Isma Nurul Huda binti Ishak
No. Telefon : 03-2030 1459
No. Faks : 03-2994 7001
Emel : ismanurulhuda[at]doa[dot]gov[dot]my
Alamat : Bahagian Kawalan Racun Perosak & Baja
  Jabatan Pertanian,
  Tingkat 4-6 Wisma Tani,
  Jalan Sultan Salahuddin,
  50632 Kuala Lumpur.

  •  
  • Print
  • Email this page

PERKHIDMATAN

JABATAN PERTANIAN

AGENSI KERAJAAN

MAFI DVS Perikanan MAQIS MARDI Peladang FAMA LKIM MAFI DVS Nenas Agro TBNSA GOV

TV PERTANIAN

BILANGAN PELAWAT
Hari IniHari Ini1410
Minggu IniMinggu Ini2926
Jumlah PelawatJumlah Pelawat3909272
Jumlah Pelawat : 3909272 Tarikh Kemaskini : 19 - 03 - 2024