1. Jabatan ditubuhkan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan mula ditubuhkan pada tahun1930. Pada peringkat awal penubuhan jabatan pertanian atau dengan nama "Pejabat Tanaman" pada masa itu hanya dengan menumpang di Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu. Pejabat Tanah ini lebih dikenali dengan panggilan "Office Panjang" bagi masyarakat Kota Bharu khususnya. Pejabat ini terletak berhadapan dengan Istana Jahar, Kota Bharu. Pada tahun 1932 jabatan ini telah berpindah pula ke Jalan Tok hakim iaitu terletak di deretan kedai gambar Wong sekarang ini. Pada akhir tahun 1934 berpindah lagi ke Jalan Telipot dimana sekarang ini dijadikan kawasan perumahan dan didirikan sebuah mesjid dikenali dengan nama Mesjid Telipot, Akhirnya pada tahun 1973 berpindah pula ke Kampong Lundang, iaitu dikawasan Kompleks Pertanian Lundang, Kota Bharu' 2. Pegawai dan Kakitangan Pegawai pertama (Tahun 1930) yang bertanggungjawab mengurus jabatan ini adalah seorang bangsa Eropah bernama J.A Graig dengan nama jawatannya"Principal of Agriculture Kelantan". Beliau dibantu oleh seorang "Office Boy" yang bernama En Mahmood bin Kassim. Perlantikan En Mahmood sebagai "Office Boy" ini bermula pada 1.2.1931. Pada 1.6.1933 dilantik seorang "Malay Agricculture Subordinate" (Juruteknik Pertanian). Beliau ialah allahyarham Tuan Hj. Hassan bin Abdullah. Pada 1.1.1934 diikuti pula dengan perlantikan seorang pegawai "Malay Agricultural Assistant" (Pembantu Pertanian).Beliau ialah Tuan Hj Mahmood bin Yaacob. Mereka inilah sebagai pelupor atau peneroka pertama Jabatan Pertanian Negeri Kelantan. Tugas utama Jabatan Pertanian pada ketika itu ialah sebagai pusat pengembangan dan peyelidikan, walaubagaimanapun Jabatan ini bertanggungjawab juga mengenai urusan yang berkaitan dengan haiwan, taliair dan perusahaan getah. Pusat-pusat pertanian lahir di Telipot pada tahun 1933 Bachok dan Pasir Mas pada tahun 1935 dan seterusnya lahirlah pusat-pusat di Pasir Puteh, Melor, Batang Merbau, Kampung Pungsu, Dabong dan Lundang pada tahun-tahun berikutnya,
|
|