MISI,OBJEKTIF DAN FUNGSI JABATAN PERTANIAN NEGERI KELANTAN

 

MISI 

 

OBJEKTIF

 

      Memberi perkhidmatan perundingan, sokongan teknikal dan khidmat nasihat yang profesional dalam pelbagai bidang pertanian khususnya tanaman makanan dan industri hiliran bagi menentukan  pengeluaran makanan yang mencukupi untuk keperluan negara.

 

       Membimbing dan mewujudkan pengusaha pertanian yang progresif bagi meningkatkan produktiviti ladang dan pengeluaran pertanian negara.

 

      Mewujudkan kumpulan tenaga yang terlatih dan mahir untuk keperluan industri pertanian.

      Melindungi tanaman-tanaman (tanaman industri dan makanan) daripada ancaman perosak dan penyakit melalui program perlindungan tanaman dan perkhidmatan kuarantin.

 

      Menentukan keluaran hasil-hasil tanaman makanan yang selamat dan mengawal pencemaran alam sekitar.

 

     Mengawal bahan-bahan tanaman dan bahan janaplasma negara daripada dibawa keluar negara dan terancam pupus.

 

FUNGSI

q       Menilai, mengubahsuai serta merumus pakej teknologi daripada agensi/badan penyelidikan mengikut keadaan setempat dan seterusnya menyampaikannya kepada pengusaha-pengusaha pertanian.

 

 

q       Memberi khidmat perundingan dan sokongan teknikal secara pakej kepada usahawan, swasta dan agensi pembangunan pertanian.

 

q       Membangunkan Sumber Maklumat Tanaman Makanan dan Tanah untuk kegunaan perancangan dan pelaksanaan pembangunan sektor pertanian.

 

q       Menjalankan latihan di Institut/Pusat Latihan Pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga mahir dalam sector pertanian.

 

q       Mengawalselia mutu bahan/benih tanaman Negara.

 

q       Melaksanakan penguatkuasaan Akta Racun Makhluk Perosak 1974 untuk memastikan racun yang diimport, dikeluarkan dan dijual dalam Negara adalah yang berkualiti dan penggunaanya tidak akan mendatangkan mudarat kepada pengguna, ternakan, tanaman makanan dan alam sekitar.

 

q       Melaksanakan penguatkuasa Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 untuk mencegah kemasukan perosak-perosak asing yang berbahaya dalam Negara dan memudahkan pengeksportan hasil-hasil tanaman Negara untuk memenuhi peraturan kuarantin Negara pengimport.

 

q       Melaksanakan penguatkuasaan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) 1988 dan peraturan CITES (Konvensyen Perdangangan Antarabangsa Bagi Spesies-spesies Haiwan dan Tumbuhan Liar Yang Terancam Pupus) untuk memastikan bahawa bahan-bahan tanaman dan janaplasma tidak terancam pupus.

 

q       Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan organisasi-organisasi di sektor awam dan swasta dalam/luar Negara yang terlibat dalam pembangunan, penguatkuasaan dan perdagangan pertanian.

 
[Carta Organisasi][Sejarah][Dasar Pertanian Negeri][Misi][Pasar Seringgit][SALM][Kpw/Iks][Intranet][FAQ][Seksyen Padi][Seksyen Buah-Buahan][Seksyen Sayur dan Tan. Ladang][Seksyen Bunga dan Tan. Ind.][Seksyen Infrastruktur][Pusat Pertanian][Aktiviti Jabatan Bulan Ini][Direktori Pegawai][Hari Kelepasan Am][PQ Net][Koperasi][Kementerian Pertanian][Persatuan Pembantu Pertanian][Persatuan Penolong Pegawai Pertanian][[Muka Utama]