BAHAGIAN TEKNIKAL JABATAN PERTANIAN NEGERI KELANTAN DARULNAIM

 
Pembangunan Teknologi
Penilaian / Ujian Alat Jentera  
Aktiviti ini dilakukan sebelum atau sesuatu alat/mesin Jentera Pertanian digunakan atau dibeli.  Pengujian dan pemerhatian mesti dilakukan supaya ianya berada ditahap piawaian yang dikehendaki dan selamat digunakan.  Disamping itu juga ianya bertujuan untuk mengatasi masalah kerugian jika tersalah membeli peralatan / mesin/ alat jentera pertanian.  Diantara peralatan/ alat/ mesin yang dibuat yang  dikendalikan oleh Unit Teknologi adalah pengujian pam recond .
   
   
Demonstrasi / Promosi Alat Jentera Pertanian

Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dilakukan bagi tujuan pemindahan teknologi atau maklumat ke golongan sasar.  Disamping itu juga, ia bertujuan mendedahkan tentang kewujudan alat/ mesin/ jentera berkenaan yang dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti. 

   
   
Merekabentuk sistem Pengairan

Aktiviti ini adalah aktiviti yang bergerak secara aktif di peringkat pusat dan jajahan, dimana ia menyumbangkan kepada penyelesaian merekabentuk system pengairan untuk kelompok-kelompok petani di peringkat jajahan dan pusat.  

   
   
Pembangunan Teknologi

Keseluruhan aktiviti ini dilakukan di Bengkel Teknologi.  Kategori kerja yang terlibat semasa aktiviti ini ialah fabrikasi pemasangan alat rekabentuk alat pengubahsuaian dan fabrikasi. 

   
   
Khidmat Kepakaran / Perundingan

Khidmat kepakaran/perundingan  termasuklah mengendalikan dan mengurus latihan untuk pelajar-pelajar  dari Politeknik dan UPM yang menjalankan latihan luar kampus, mengadakan kursus memandu  untuk  petani dan kursus bagi tanaman sayur berkaitan dengan sistem pengairan.

Begitu juga kursus-kursus yang dianjurkan oleh Badan-Badan Kerajaan yang lain seperti memberi ceramah berkenaan penyelenggaraan pam dan traktor Pertanian untuk Politeknik Kota Bharu yang dihadiri oleh pegawai dan juruteknik.  

   
   
Projek Khas

Disamping projek-projek jabatan yang dirangka khusus, Unit Kejuruteraan menerima projek-projek khas yang kebanyakan berkait dengan program-program Kerajaan Negeri.

   
   
 Perkhidmatan Pengairan Dan Pengurusan Air     
Pengairan Ladang

Ianya  melibatkan aktiviti merangkumi iaitu survey mengkaji kawasan, merekabentuk system pangairan yang sesuai untuk jenis tanaman, mencadangkan jenis sumber air, membuat spesifikasi dan perolehan sistem pengairan, pemasangan dan merangkumi bersama dengan pengujian diperingkat terakhir.

   
   
 Perkhidmatan Logstik     

Aktiviti utama di dalam Perkhidmatan Logistik adalah Perolehen Logistik, pelupusan, penyediaan perkhidmatan kenderaan, jentera, peralatan ladang, dan pembaikan  kenderaan/jentera.  

   
   
Perkhidmatan Kerja Pembaikan dan Pembinaan    Bangunan

 Aktiviti perkhidmatan pembaikan pembinaan bangunan, peralatannya  meliputi kerja penyediaan pelan bagi pembinaan bangunan dan infrastruktur, penyediaan spesifikasi kerja pembinaan, pembelian dan penyeliaan. 

 

   
   

Kembali

[Carta Organisasi][Sejarah][Dasar Pertanian Negeri][Misi][Pasar Seringgit][SALM][Kpw/Iks][Intranet][FAQ][Seksyen Padi][Seksyen Buah-Buahan][Seksyen Sayur dan Tan. Ladang][Seksyen Bunga dan Tan. Ind.][Seksyen Infrastruktur][Pusat Pertanian][Aktiviti Jabatan Bulan Ini][Direktori Pegawai][Hari Kelepasan Am][PQ Net][Koperasi][Kementerian Pertanian][Persatuan Pembantu Pertanian][Persatuan Penolong Pegawai Pertanian][[Muka Utama]